16 May 2020

FILEM 'SYIF MALAM RAYA' - TEMUI PENONTON 21 MEI INI DI ASTRO FIRST


Mulai 21 Mei ini, penonton bakal disajikan oleh Astro Shaw dengan sebuah filem raya, 'Syif Malam Raya' yang pada awalnya dijadualkan untuk tayangan di pawagam, namun kini di terus ke pawagam rumah anda, Astro First di saluran 480 sempena Syawal bakal menjelang.





'Syif Malam Raya' menampilkan barisan pelakon popular seperti juara Maharaja Lawak Mega 2014, kumpulan Zero iaitu Atu, Sharif dan Syaiful, bintang media sosial, Yoe Parey, Asif Suhaimi, Syahmi Sazly, pelawak terkenal Danial Lawak Solo, Ropie, Saiful Apek, Azlee Senario, serta pelakon handal Reen Rahim, Emelda Rosemila, Nadia Brian, Lia Natalia dan Shiela Mambo.

Filem genre komedi seram ini mengisahkan tentang Zaid (Atu) dan Hisyam (Sharif) yang perlu bekerja pada malam Aidilfitri dan ditugaskan untuk menghantar satu mayat ke Ipoh pada malam Aidilfitri. Kejadian aneh mula berlaku, dan kekecohan timbul apabila mereka tiba di sebuah kampung yang dihantui pocong.

Klik untuk gambar besar
































         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: