16 May 2020
JUAL KEK - MILA TAK HARAP KEUNTUNGAN TAPI PASTIKAN PEKERJA DAPAT GAJI
Banyak perniagaan yang mengalami kerugian, susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bermula sejak 18 Mac akibat penularan wabak Covid-19. Menerusi satu entri di laman Instagram, penyanyi Mila Jirin yang juga pemilik syarikat perancang perkahwinan Bizmilla itu mengakui perniagaannya berdepan situasi sukar apabila terpaksa menanggung kos pengurusan dan gaji pekerja hampir RM200,000 sebulan.
Bagaimanapun, Mila atau nama sebenarnya Norsyarmilla Jirin, 33, berkata, dia tidak akan membiarkan semua pekerjanya hilang punca pendapatan disebabkan masalah itu: "Saya maklumkan pada pekerja saya, situasi sekarang saya tak harapkan keuntungan tetapi saya mohon pada Allah, dapatlah usaha-usaha ini membantu serba sedikit. Terutama kos pengurusan (gaji pekerja) yang hampir RM200,000 sebulan.
"Kerana saya faham, semua ada keluarga, saya tak nak pekerja-pekerja saya hilang punca pendapatan. Kita buatlah apa sahaja yang termampu dan rezeki yang halal demi kelangsungan syarikat dan dapat mereka bersama-sama mendapat pendapatan. Saya mohon, pada rakan-rakan saya di Instagram ini, bantulah menyokong inisiatif pekerja-pekerja saya," kata Mila.
Mila turut meluahkan rasa syukur kerana mempunyai pekerja yang sanggup bersatu hati untuk memulakan beberapa aktiviti perniagaan bersama syarikatnya. Kata Mila, pekerjanya bergabung mencetuskan idea untuk menghasilkan manisan seperti kek untuk juadah di bulan Ramadan serta sebarang majlis yang disambut di rumah.
Klik untuk gambar besar
"Alhamdulillah, semua warga kerja di Bizmilla bersatu hati bergabung untuk memulakan beberapa aktiviti perniagaan baru demi kelangsungan syarikat. Dan untuk memastikan semua warga kerja mendapat gaji bersama-sama disebabkan kewangan syarikat terjejas teruk akibat tiada pendapatan hampir dua bulan lebih.
"Team pastry dan beberapa warga kerja dibahagian pengurusan dengan penuh semangat berjuang bersama-sama syarikat dan mencetuskan idea untuk menghasilkan kek yang super sedap. Untuk juadah Syawal dan juga untuk sebarang ulangtahun mahupun apa jua majlis sambutan di rumah," ujarnya.
Dalam pada itu, meskipun kos operasi dan pengurusan menelan belanja hampir setengah juta sebulan namun dia tetap berfikir positif untuk berjuang bersama pekerjanya.
www.myartis.com / Sumber & foto: mStar, Instagram Almy Nadia & Fizz Fairuz
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment