26 May 2020

KONGSI FOTO RAYA BERTIGA - PEMINAT & RAKAN ARTIS PUJI, DOAKAN SHARNAAZ & ISTERI


"Cukup sempurna dah bagi aku.. ba loves you boy, mummy and baba issue put aside, we both love u so much..," demikianlah tulis pelakon Sharnaaz Ahmad menerusi laman Instagram miliknya yang memuatnaik gambarnya bersama isteri, Noor Nabila dan juga anaknya Jebat Jayden Ahmad bersempena dengan Hari Raya Aidilfitri.





Sebelum ini, Sharnaaz membuat keputusan untuk mengamalkan 'co-parenting' bersama Nabila. Walaupun masih tiada berita jika mereka akan merujuk semula perkahwinan pasangan ini, Sharnaaz akan memastikan beliau mengekalkan hubungan baik dengan Nabila demi kebaikan Jebat.

Pelbagai reaksi dan komen positif dari peminat, termasuklah rakan-rakan artis yang memuji tindakan Sharnaaz mengutamakan Jebat. Tidak kurang juga yang mendoakan semoga ada sinar baru buat kedua-dua Sharnaaz dan Nabila.

Sikap Sharnaaz untuk berbaik semula dengan Nabila demi kebaikan Jebat harus dicontohi oleh semua. Tak semestinya kalau perkhawinan tu dah sampai ke titik noktah, hubungan antara satu sama lain terjejas kan? Tapi apa salahnya kalau ada sinar baru untuk Sharnaaz dan Nabila, kami pun tumpang gembira.

Klik untuk gambar besar























www.myartis.com / Sumber & foto: Beautifulnara, CARI Forum, Instagram Sharnaaz Ahmad, Noor Nabila & Jebta Jayden Ahmad


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: