01 May 2020
MAJALAH BAWAH BLUINC MEDIA HENTI OPERASI - SELEBRITI 'THROWBACK', LUAH SEDIH
Barisan anak seni yang pernah bekerjasama sepanjang penerbitan majalah di bawah syarikat BluInc Media itu menerusi media sosial telah meluahkan rasa sedih dan terima kasih apabila syarikat berkenaan menutup operasinya pada Khamis lalu. Rata-rata aselebriti berkongsi semula foto mereka semasa menjadi penghias muka hadapan majalah dan menulis penghargaan serta sokongan.
Penyanyi Yuna menerusi muatnaik di Instagram menghargai sokongan terhadap syarikat media itu yang telah mengubah perjalanan karier seninya sehingga menjadi artis antarabangsa: "Terima kasih kerana beri peluang kepada gadis ini meneroka fasyen... dari seorang penyanyi indie pemalu menjadi seorang artis antarabangsa dan anda sentiasa menjadi pertama menunjukkan sokongan dalam apa jua pencapaian saya.
"Ini sangat menyedihkan untuk berkata selamat tinggal tapi saya percaya sesuatu baharu akan bermula. Sampaikan salam cinta untuk semua majalah dan penulis yang sentiasa mempercayai muzik, impian gila saya untuk jadi penyanyi antarabangsa dan fesyen turban pelik saya" tulis Yuna.
Klik untuk gambar besar
Sementara itu, pasangan selebriti Awal Ashaari dan Scha Alyahya turut berkongsi kesedihan dengan pengumuman berita mengejut itu: "Satu kehilangan besar buat industri kita. Untuk semua rakan di Blu Inc Media, sampaikan salam cinta, cahaya dan harapan. Ini adalah editorial pertama Awal bersama majalah Eh! September 2004. Terima kasih atas segalanya," kata Awal dan Scha.
Dalam pada itu, beberapa selebriti lain turut menulis penghargaan kepada syarikat media berkenaan yang menjadi penyokong sepanjang perjalanan karier seni mereka: "Saya takkan mengalah dengan anda," tulis Nora Danish.
"Sedikit kenangan yang akan dingati sepanjang hidup... ini muka depan paling saya suka. Terima kasih, anda akan dirindui," kata Nabila Huda. - "Terima kasih BluInc atas sokongan dan kenangan," ucap Dayang Nurfaezah pula.
Pada Khamis lalu, majalah tempatan BluInc Media Sdn Bhd menutup operasi atas alasan cabaran digital dan wabak Covid-19. Penutupan itu menjejaskan hampir 200 kakitangan yang bekerja untuk lebih 20 majalah keluarannya.
BluInc adalah penerbit beberapa majalah terkenal tanah air antaranya CLEO, HerWorld, Jelita, Marie Claire, Harper's Bazaar, EH! dan Glam. Ia adalah salah sebuah syarikat penerbitan majalah terbesar negara yang sudah beroperasi sejak 1974.
www.myartis.com / Sumber: mStar
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment