04 May 2020

MASUK TRIMESTER KETIGA - SHUKRI & ISTERI BAKAL TIMANG ANAK KEDUA, LELAKI


Pelakon Shukri Yahaya dan isterinya, Tya Adnan bakal menimang cahaya mata kedua iaitu lelaki tidak lama lagi. Jantina bayi tersebut didedahkan isteri Shukri menerusi video yang dimuatnaik di laman Instagram TV miliknya.





Menerusi rakaman tersebut, bintang 'Andainya Takdir' itu pada awalnya masih tidak tahu akan jantina anak yang bakal lahir lalu diberi sebuah kotak besar yang berisi belon. Lalu, dia dilihat tidak dapat menahan rasa gembira dan teruja selepas mengetahui belon berwarna biru itu tertera perkataan 'baby boy'. Aksi bapa kepada seorang cahaya mata itu turut disaksikan akli keluarganya yang lain.

Sementara itu, Tya menerusi ruangan kapsyen pula turut memanjatkan rasa syukur selain memaklumkan usia kandungannya kini sudah pun memasuki fasa trimester ketiga. Melihat pada ruangan komen, rata-rata peminat pasangan ini turut tumpang bahagia dan mendoakan agar semuanya dipermudahkan.

Sebelum ini, Tya mendedahkan dirinya disahkan hamil sewaktu menyambut ulang tahun perkahwinan mereka pada November lalu dan pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 20 November 2015. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Aaira Ameena yang kini mencecah usia empat tahun.

Klik untuk gambar besar











www.myartis.com / Sumber & foto: Media Hiburan, Instagram Tya Adnan & Shukri Yahaya


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: