Tanggal 13 Mei 1990 adalah tarikh dimana pelakon Ben Amir dilahirkan dan kini tahun 2020 telah genap 30 tahun usianya. Menerusi laman sosial Instagram (IG), Ben telah memuatnaik sekeping foto dengan simbol angka tiga menandakan sudah memasuki tiga siri. Sehingga kini, foto tersebut telah mendapat lebih 89,000 tanda suka.

"Selamat ulang tahun pada diri saya! Tak sangka saya dah 30 tahun sekarang, permulaan kepada alam dewasa yang matang. Saya rasa saya semakin baik apabila meningkat usia. “Terima kasih Tuhan untuk segalanya. Terima kasih kepada semua untuk ucapan dan doa. Terima kasih juga kepada keluarga dan kawan-kawan yang menyokong. Saya sangat hargainya. Sayang awak semua," tulis Ben sebagai kapsyen foto.
Selain itu, Ben turut berkongsi hadiah-hadiah yang diterima berupa kek dan jambangan bunga di ruangan IG story. Melihat pada ruangan komen, rata-rata rakan selebriti dan wargamaya teruja apabila Ben memasuki usia 30-an dan mendoakan yang terbaik untuknya.
Klik untuk gambar besar

"Happy birthday bro," tulis pelakon Fadlan Hazim. - "Oii, 3 series dah brader, kita geng!” komen seorang wargamaya. - "Haa muncul pun! Happy birthday Ben, semoa dikurniakan segala yang terbaik,” ucap seorang wargamaya.
"Happy birthday Ben! Sweet 20, tak nampak macam 30 la awak nampak muda,” tulis seorang wargamaya. - "Patutlah makin handsome. Happy birthday Amir. Semoga sentiasa diberikan kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki dan cepat kahwin," kata seorang wargamaya lagi.
www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Ben Amir
________________________

No comments:
Post a Comment