20 May 2020
SETENGAH JAM TAK BALAS - ISA RISAU, BERGEGAS KE RUMAH RISTEENA
Menerusi satu entri di laman Instagram, pelakon Risteena, 31, mendedahkan tunangnya, Isa Khan, 27, tidak tentu arah apabila Risteena diam seribu bahasa selama setengah jam tanpa khabar berita. Dalam status tersebut, Risteena tidak menyangka tunangnya itu yang juga seorang pelakon seorang yang cepat panik.
Menurut Risteena, tunangnya menyangka dia diculik atau diragut apabila tidak menjawab panggilan dan membalas mesej di aplikasi WhatsApp. Tambah Risteena, kerisauan itu membuatkan Isa segera datang ke rumahnya bagi melihat keadaan tunang kesayangannya itu.
Pelakon wanita tersebut turut menjelaskan bahawa mereka biasanya akan bersembang menerusi panggilan telefon dalam perjalanan pulang ke rumah. Pun begitu, disebabkan Risteena terserempak dengan banyak kereta polis, dia terpaksa membatalkan niatnya untuk memegang gajet tersebut.
Klik untuk gambar besar
Kakak kepada pelakon Ruhainies itu berkata, dia tersentuh hati dengan cara tunangnya mengambil berat dalam memastikan dirinya sentiasa berada dalam keadaan selamat: "Semalam saya hilang sekejap setengah jam, tunang saya fikir saya kena culik, ragut atau sesuatu yang tidak baik berlaku. Semalam ketika memandu balik dari rumah dia, memang tak tengok phone.
"Selalunya sepanjang perjalanan memang akan cakap phone sampai dah sampai rumah. Tapi semalam kebetulan kereta polis banyak, and tak sempat nak ambik phone dalam beg pun untuk tengok. Tak sangka hilang setengah jam pun tunang saya dah risau macam tu. Sampai je kat rumah, baru tengok phone. Missed calls tak payah cakap la berapa banyak.
"Tengok-tengok tunang saya dah sampai dah kat bawah rumah. Macam tak percaya langsung sebab baru sangat je masuk rumah. 10 minit je datang dari Cheras ke Gombak. Siap datang dengan kakaknya and Qirin. Kesian diorang! Memang kena marah terus la lepas tu. Apa lagi. Takpe, sekurang-kurangnya saya tahu kalau saya hilang, awak akan cari saya, Myhero!" kongsinya.
Malah pelakon yang mencipta populariti menerusi drama, 'Playboy Itu Suami Aku' itu memberi amaran kepada sesiapa yang mempunyai niat buruk kepadanya supaya melupakan sahaja hasrat tersebut kerana Isa pasti akan mencarinya sehingga jumpa.
Dalam masa sama, Risteena tidak lupa untuk menitipkan ucapan sweet kepada Isa selepas insiden tersebut dan menyatakan bahawa dia berasa selamat di bawah jagaannya: "Jadi kalau sesiapa ada niat nak buat bukan-bukan kat I, lupakan saja ya.
"Nanti korang kena berdepan dengan tunang saya yang garang ni. Untuk tunang saya, saya rasa selamat sejak awak jaga saya. Tak boleh bayangkan kalau awak takda. Ibu bapa saya dah boleh harapkan awak. I love you, sayang. Cinta hati saya," tulisnya lagi.
www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak, Beautifulnara, Instagram Risteena Munim & Isa Khan
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment