20 May 2020

ZUL YAHYA NAFI HINA DUNIA SENI, LUAHANNYA UNTUK KEBAIKAN


"Saya cerita dari pengalaman yang dilalui sendiri. Saya bercakap pun untuk kebaikan dan bukan keburukan kerana apa disuarakan itu berkaitan hala tuju industri hiburan yang hingga kini masih tiada perubahan.

"Saya luahkan pandangan supaya golongan atasan dan pihak berkaitan dalam industri hiburan dapat melakukan perubahan membentuk hala tuju yang lebih baik. Kalau mereka mampu lakukannya, maka duduklah di situ tapi jika tak mampu lebih baik undur diri," ujar Zul Yahya yang sebelum ini menyeru pekerja belakang tabir meninggalkan industri hiburan untuk mencari pekerjaan yang lebih diredai oleh Allah SWT.





Malah baru-baru ini, Zul turut berkata dalam industri hiburan turut berlaku rasuah dan salah guna kuasa untuk kepentingan diri hingga dia dibidas oleh segelintir artis seperti Datuk Rosyam Nor sebagai tidak patut dan mementingkan diri.

"Kita semua perlukan hiburan, tapi biarlah ia pergi kepada hala tuju lebih baik dan memberi manfaat kepada masyarakat serta penggiat seni antaranya pekerja belakang tabir untuk mendapat kehidupan selesa," jelas Zul yang mengakui tiada niat menghina apatah lagi mempersoalkan halal haram rezeki seseorang itu.

Klik untuk gambar besar


Tambahnya, pilihan terbaik ada pada tangan masing-masing kerana rezeki oleh Allah SWT amat luas namun segalanya tetap menuntut pengorbanan.

Malah katanya dia bersara daripada dunia seni kerana sudah penat berhadapan dengan pelbagai kerenah dan ragam manusia. Dunia seni juga katanya tidak menjanjikan seseorang itu mampu membuat simpanan kewangan.

         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: