21 May 2020

TURUN 25 KILOGRAM & KINI RAMPING - ZULIN AZIZ TAK MAKAN NASI SETAHUN


"Masa single memang bersemangat nak jaga badan tapi.. bila dah kahwin dah ada anak dan hati senang tanpa masaalah besar memanglah susah nak kurus.. di petik dari pengalaman sendiri," demikian komen netizen bila melihat berat badan Zulin Aziz, yang dah menyusut sejak PKP dilaksanakan awal Mac lalu.

Rahsianya ialah, Zulin tidak makan nasi sejak setahun yang lalu demi mencapai matlamatnya untuk berpinggang ramping.





"Saya tak makan nasi sejak tahun lalu. Ketika berbuka puasa, saya hanya menjamah buah kurma dan meneguk air.

"Beberapa minit kemudian barulah saya makan lauk-pauk. Sahur pula saya hanya makan pisang," kongsinya mengenai rahsia penurunan berat badannya sehingga 25 kilogram.

Untuk info, sebelum ini berat badan Zulin ialah 85 kilogram dan dia menepis dakwaan penurunan itu kerana ‘makan hati’ akibat percintaannya yang tidak kesampaian.

Haaa... sekarang dah kurus ramping, bolehlah bercinta balik. Tak gitu? Heh. 😅😍

Klik untuk gambar besar




         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: