21 May 2020

ROSYAM NOR AWAL-AWAL DAH GANTUNG BANNER TAK TERIMA TETAMU RAYA


"Menyahut arahan kerajaan dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Walaupun rumah mak dekat saja di Kampung Melayu Subang iaitu 10 minit dari rumah saya, tapi sebab mak dah umur 80 tahun, kami sekeluarga dan keluarga adik beradik yang semuanya tinggal di Kuala Lumpur mengambil keputusan untuk tidak balik kampung beraya tahun ini.





"Sebab gantung 'banner' kerana takut kami tak balik, tapi orang lain pula datang. Sebab kalau raya, rumah mak menjadi tumpuan beratus anak cucu dan anak cucu saudara.

"Sebab dalam keluarga mak, dia saja yang masih hidup. Jadi, anak cucu semua akan datang bertandang. Maafkan kami sekeluarga, untuk kebaikan bersama. Insya-Allah, ada umur tahun depan, kita raya sakan, okay," ujar Datuk Rosyam Nor yang sepakat bersama adik beradik dan keluarga lain untuk tidak menyambut Hari Raya Aidilfitri di rumah ibu mereka yang terletak di Kampung Melayu Subang, Selangor.

"Kami sekeluarga, Biahsudin (Wok), mengucapkan selamat hari raya maaf zahir dan batin. Mohon maaf tahun ini kami sekeluarga tidak terima kunjungan. 'Video call' saja," tulisnya.

Klik untuk gambar besar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: