21 June 2020

4 TAHUN BERGELAR IBU TUNGGAL - DIRA ABU ZAHAR SELAMAT BERNIKAH KALI KETIGA


Pada jam 10.30 pagi hari ini, pelakon dan pengarah Dira Abu Zahar, 36, telah selamat mengakhiri zaman ibu tunggalnya selepas memegang status tersebut selama empat tahun. Tidak menyangka diberi peluang sekali lagi menjadi isteri, Dira memilih ahli perniagaan, Syfik Izdzywan Sidek, 46, sebagai suami barunya.





Dira atau nama penuhnya, Khaidhirah Abu Zahar sah bergelar isteri kepada Syfik dengan sekali lafaz dalam satu majlis akad nikah yang diadakan di Masjid Al Azim, Melaka. Dira menyerahkan lima dulang hantaran berbalas tiga dulang dan menerima mas kahwin RM1,000. Bagaimanapun, jumlah wang hantaran dirahsiakan.

Dira bersyukur fasa hidup baharu sudah bermula: "Alhamdulillah, majlis berlangsung secara ringkas, tertutup dan mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan. Lebih istimewa abang saya, Muhd Idi Iskandar yang menikahkan kami," katanya.

Klik untuk gambar besar


Dira berkata, dia tidak pernah berfikir kembali memegang status isteri: "Namun, Allah bagi rezeki dan peluang lagi. Insya-Allah saya akan berusaha menjadi isteri terbaik kali ini. Anak juga menerima baik kehadiran suami. Keluarga saya bertambah besar dengan kehadiran tiga anak lelaki daripada perkahwinan suami yang lalu," katanya yang berkenalan dengan Syfik kira-kira setahun lalu.

Menerusi perkahwinan pertama dengan vokalis kumpulan Bau, Ash atau Tengku Shafriz-Rullah pada 2007 sebelum bercerai pada 2011, Dira dikurniakan cahaya mata perempuan, Tengku Anggun Deandra yang kini berusia 12 tahun. Dira turut mengambil anak angkat, Waris Iskandar Andiqa ketika berkahwin buat kali kedua dengan Helmi Yusof pada tahun 2011 dan berpisah pada tahun 2016.




www.myartis.com / Sumber: Berita Harian & mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: