21 June 2020

IMBAU SAAT BERSAMA MENDIANG BAPA - MARK ADAM SEDIH SEMUA GAMBAR LAMA ROSAK KERANA TAUFAN


Penyanyi Mark Adam menerusi laman Instagram telah mengimbau kenangan sewaktu mendiang ayahnya bekerja di Arab Saudi, sempena Hari Bapa hari ini. Mark atau nama penuhnya Fikri Mark Adam Abdullah, 41, berkata setiap bulan bapanya akan menghantar gambar kepada Mark dan keluarganya di Filipina dan bertanya khabar.





"Masa ni ayah saya kerja di Arab Saudi pada 1988 kalau tak silap... Dia kerja dua tahun di sana. Setiap bulan dia akan hantar gambar, bertanya khabar kami di Filipina," tulisnya.

Menurut penyanyi lagu 'Marry Me' ini, dia dan keluarga tidak mempunyai koleksi gambar keluarga kerana hampir kesemuanya rosak kerana taufan yang sering melanda negara itu. Bagaimanapun, Mark berkata kenangan bersama mendiang bapanya sentiasa segar dan terpahat di minda dan hatinya.

Klik untuk gambar besar


"Saya tak ada banyak gambar ayah dan keluarga sebab di Filipina kan selalu taufan, semua gambar basah dan rosak dan dulu-dulu tak ada kamera sendiri. Tapi walaupun begitu, kenangan di minda dan hati ada banyak dan takkan padam, kenangan tu selalu segar," ujarnya.

Dalam pada itu, Mark sempat mengucapkan selamat Hari Bapa kepada semua pengikut Instagramnya yang bergelar bapa. Pelakon drama 'TQ Captain' ini berjanji akan menjaga ibunya, Florenda Macaraig Echivarre, 62, sehingga akhir hayatnya: "Saya nak ucapkan Selamat Hari Bapa kepada ayah saya dan semua ayah di luar sana semoga sihat selalu. Jangan risau Pa, saya akan jaga mak sampai akhir hayat," katanya.

Sebelum ini, Mark pernah berkongsi mengenai kehidupannya yang daif ditambah adik-beradik yang ramai dalam keadaan rumahnya yang sempit. Tidak lama selepas itu, Mark membuat kejutan kepada ibu dan keluarganya dengan menghadiahkan sebuah rumah banglo yang terletak di Cebu, Filipina.


www.myartis.com / Sumber & foto: mStar & Instagram Mark Adam


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: