25 June 2020

AL-FATIHAH - ABANG MISHA OMAR KEMBALI KE RAHMATULLAH


Takziah kami ucapkan kepada penyanyi Misha Omar atas kehilangan abang tercintanya (seibu berlainan bapa), Ahmad Shafuan Abd Rahman yang meninggal dunia tengahari semalam. Berita sedih tersebut dikongsi Misha menerusi laman Instagram sebentar tadi.





"Assalamualaikum,.. Dengan penuh rasa dukacita, saya mewakili keluarga ingin memaklumkan bahawa Abang saya (seibu berlainan bapa), Ahmad Shafuan bin Abd Rahman telah kembali ke rahmatullah menjelang tengahari semalam di Hospital Seremban dan telah selamat dikebumikan di tanah perkuburan ar-raudhah, Kota Seri Emas lewat petang semalam...

"Allahyarham abang Kak Mitch pernah berkhidmat di Ingress Precision Sdn Bhd, sebelum melepaskan jawatan ekoran kesihatannya semakin merosot 2 tahun kebelakangan ini.. Andai ada teman-teman Kak Mitch yg mengenali Allahyarham Abg Wan, kak mitch mohon ampunkan salah silap abang kak mitch, halalkanlah makan minumnya sepanjang kalian bersilaturahim di sepanjang hayatnya..

"Doakanlah, Semoga ruh Allahyarham di tempatkan di kalangan orang-orang yg beriman dan segala amalan baik allahyarham diterima di sisi Allah swt.. Doakan lah juga, waris yang ditinggalkan Allahyarham, Shazwan Hazique, Syakirin & Shaukie, serta balunya, Mala Rotina diberikan ketabahan berdepan kenyataan yang menyakitkan ini, kehilangan insan tersayang.... Al fatihah....," tulis Misha.

Al-Fatihah.

Klik untuk gambar besar



www.myartis.com / Sumber & foto: Instagram Misha Omar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: