25 June 2020

RISTEENA RESAH BILA BERENGGANG DENGAN ISA: "DUGAAN PALING BERAT... SAYA TAK PERNAH TINGGALKAN DIA SEORANG DIRI"


"Dugaan paling berat sepanjang bertunang ini apabila saya perlu shooting dan Isa kena buat bisnes sendiri. Biasanya kami ke mana-mana bersama, makan bersama, jumpa orang bersama, buat bisnes bersama.





"Saya tak pernah tinggalkan dia sorang diri," demikian kongsi pelakon Risteena Munim yang mengakui risau dan bimbang apabila terpaksa meninggalkan tunangnya, pelakon Isa Khan untuk menjalankan perniagaan mereka berseorangan.

Menurut Risteena, ia merupakan dugaan paling berat sepanjang bertunang apabila beliau dikhabarkan perlu melakukan penggambaran dan Isa perlu mengendali perniagaan mereka secara bersendiri. Bagaimanapun, Risteena yakin Isa mampu mengawal, menyelia dan menguruskan bisnes Lovit yang mereka jalankan bersama-sama sejak tahun lalu itu biarpun tanpanya di sisi.

Klik untuk gambar besar


"Tapi saya yakin Isa mampu uruskan bisnes kami sendiri walaupun saya sibuk di tempat shooting," tambah Risteena yang bakal mengahwini Isa sekitar hujung tahun ini.

Terdahulu, Risteena diraikan sempena ulang tahun perkenalan mereka dengan pemberian sebuah kereta mewah jenis Audi A5 daripada Isa. Kejutan yang diterima Risteena itu mula menjadi perhatian netizen selepas Isa dikatakan seorang yang amat penyanyang dan menghargai bakal isterinya.

Isa juga sempat mengumpul wang selama enam bulan untuk menghadiahkan Risteena kereta berkenaan, lantas mengutuhkan lagi ikatan cinta mereka yang terpahat dalam hati kedua-dua belah pihak. Untuk makluman, Risteena dan Isa telah melangsungkan pertunangan di Bali, Indonesia pada 23 November tahun lalu.
















www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak, Instagram Risteena Munim & Isa Khan


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: