25 June 2020

ALICIA AMIN PELIK KENAPA RAMAI SIBUK INGIN TAHU, LEBIH SELESA SIMPAN HAL AGAMA KEPERCAYAANNYA


Nampaknya netizen sering mengasak model dan pelakon Alicia Amin mengenai soalan peribadinya. Dek penampilan yang bebas, ramai sering mengungkit hal agama kepadanya. Bagaimanapun, empunya badan sepertinya tidak mampu menarik nafas yang panjang.





Sesak dengan pertanyaan tersebut, ayah wanita itu sendiri iaitu Dr Raja Amin telah tampil dan ‘membahasakan’ seorang individu supaya menjaga aib sendiri dan tidak perlu sibuk mengenai perihal anaknya.Pun begitu masih ramai lagi mempertikaikan agama sebenar yang dianut oleh Alicia Amin apabila wanita itu mendedahkan bahawa ada beberapa individu yang 'menyerang' pula adiknya.

Penat asyik dibebani dengan isu yang sama, Alicia Amin meluahkan bahawa dia tidak faham kenapa orang luar perlu ambil tahu mengenai sesuatu yang sangat peribadi mengenai dirinya. Walhal ahli keluarganya yang lain menerima pilihan dia seadanya.

Klik untuk gambar besar


Malahan model itu mendedahkan bahawa semasa dia dianugerahkan Google kerana memasuki antara 10 carian teratas di Malaysia pada tahun 2017, paling banyak yang dicari mengenainya adalah tentang agamanya.

Alicia Amin meluahkan rasa pelik dengan hal tersebut memandangkan dia sendiri tidak akan semata-mata pergi mencari agama yang dianuti oleh Gong Yoo dan Angelina Jolie tanpa sebarang sebab. Selepas meminta pendapat daripada pengikutnya mengenai hal tersebut, rata-rata daripada mereka menganggap bahawa status agama adalah satu hal peribadi dan tidak perlu dihebohkan kepada orang lain.

Justeru itu, Alicia Amin meluahkan rasa pelik kenapa ramai rakyat Malaysia yang perlu ambil tahu mengenai perkara tersebut. Adakah ia disebabkan oleh cara mereka dibesarkan, pendidikan atau pun pendedahan kepada jenis media? Sering dipersoalkan mengenai hal yang sama sejak awal kemunculannya, sepertinya Alicia Amin penat dengan hal tersebut.






www.myartis.com / Sumber: Beautifulnara


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: