04 June 2020

AL-FATIHAH - PENYANYI LAGU 'BUNGA DEDAP', IZZAKA KEMBALI KE RAHMATULLAH


Takziah kami ucapkan kepada keluarga penyanyi rock era 90-an, Izzaka atas pemergian yang menghembuskan nafas terakhir pada usia 60 tahun di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh Perak kira-kira pukul 11.45 malam Rabu akibat jangkitan kuman pada buah pinggang.





Bekas isteri Allahyraham, Hazana Mohamad Zabandi, 47, ketika dihubungi berkata Allahyarham dimasukkan ke hospital sejak 23 Mei lalu selepas mengadu sesak nafas: "Saya datang melawat arwah pada malam raya dan dia berada dalam keadaan separuh sedar jadi saya terus bawa dia ke hospital.

"Asid dan gula dalam badan arwah terlampau tinggi dan telah memberi kesan kepada buah pinggangnya, Pada awalnya doktor syak ada gas tetapi selepas buat pemeriksaan rupa-rupanya ada nanah dan perlu membuat rawatan bagi membuang nanah daripada merebak ke jantungnya," katanya.

Bagaimanapun, Hazana berkata, keadaan kesihatan Izzaka atau nama sebenarnya Mohd Zakaria Yaacob semakin merosot dan terpaksa ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU): "Selepas buat pemeriksaan melalui CT scan pada raya ketiga, dia tak sedarkan diri selama enam hari sehingga raya kelapan.

Klik untuk gambar besar


"Doktor bagi ubat tidur untuk rehatkannya. Tapi pada malam raya kesembilan tu, selepas rawatan membuang nanah, saya pergi melawat dia sekali lagi dan cuba bersembang dengannya tapi matanya tak terbuka, hanya air mata berlinangan," katanya.

Allahyarham pernah berkahwin dengan Hazana dan mempunyai seorang cahaya mata lelaki. Jenazah akan dikebumikan sebelum Zuhur di Tanah Perkuburan Islam Meru Raya, Ipoh.

Untuk rekod, Izzaka mencipta nama dengan lagu berjudul 'Singkapkan Nur Suci' dan 'Bunga Dedap' ciptaan Shaari Amri dan lirik S. Amin Shahab. Allahyarham juga pernah berduet bersama Ziana Zain menerusi lagu 'Hadirmu'.




www.myartis.com / Sumber & foto: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: