04 June 2020

ZIZIE IZETTE UMUM TAMBAH ANAK ANGKAT, AKUI TIADA KEISTIMEWAAN ATAU GUNA KABEL


Pelakon Datin Seri Zizie Izette menerusi laman Instagram miliknya telah mengumumkan yang dia bakal mengambil seorang lagi anak angkat pada tahun depan, selepas membesarkan dua orang anak angkat beberapa tahun lalu. Zizie atau nama penuhnya Zizie Izette Abdul Samad, 42, berkata, dia dalam proses menguruskan pengambilan tersebut di Pejabat Kebajikan Masyarakat Gombak.





"Hari untuk uruskan dokumen pengambilan anak angkat di Pejabat Kebajikan Masyarakat Gombak. Baru la ada kelapangan. Sebelum ni mommy seorang ni sibuk mengandung dan beranak je tiga tahun berturut-turut. Tahun ni baru dapat relaks sikit. InsyaAllah tahun depan ada lagi seorang," katanya.

Dalam pada itu, Zizie berkata, dia melalui prosedur pengambilan anak angkat yang sama seperti dilalui orang awam yang lain: "Kepada yang bertanya, saya guna prosedur yang sama macam orang lain dan betul mengikut undang-undang. Kena beratur, ambil nombor, tunggu giliran, isi borang. Semuanya. Tiada keistimewaan atau guna kabel," tulisnya lagi.

Untuk makluman, Zizie mendirikan rumah tangga dengan Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin pada Disember 2009. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan cahaya mata kembar lelaki iaitu Aadam Zac Izette dan Aaleph Zeke Izette, 3, dan seorang anak perempuan, Aalisa Belle Izette. Pasangan ini mempunyai dua orang anak angkat, Nayla Nurjenna, 4, dan Aaric Zayn Izette, 2.

Klik untuk gambar besar







www.myartis.com / Sumber & foto: mStar, Astro Gempak & Instagram Zizie Ezzete


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: