04 June 2020

BEKAS PESAKIT COVID-19 - ASHRAF MUSLIM BERSEDIA DENGAN PERSEPSI NEGATIF ORANG RAMAI


Pelakon Ashraf Muslim yang disahkan bebas Covid-19 pada April lalu itu memberitahu dia sudah bersedia dengan sebarang persepsi negatif orang ramai terhadap bekas pesakit yang pernah dijangkiti virus berkenaan.





Meskipun tiada diskriminasi yang diterima daripada mana-mana pihak, namun dia sentiasa bersedia dengan apa jua tanggapan orang ramai terhadap bekas pesakit sepertinya: "Setakat ini layanan dari semua orang baik sahaja tapi saya pasti akan ada yang tak selesa... It's okay sebab itu fitrah manusia yang akan sentiasa berjaga-jaga.

"Andai kata ada persepsi negatif, saya ampunkan sebab dalam keadaan sekarang memang kita semua kena berjaga-jaga, saya pun berjaga-jaga dengan orang lain kerana kita tidak mahu ada penularan virus ini," katanya.

Pada 7 Mei lalu, Ashraf dibenarkan pulang selepas hampir sebulan dikuarantin dan mendapat rawatan di Hospital Sungai Buloh akibat Covid-19. Pelakon berusia 38 tahun itu berkata dia disahkan negatif Covid-19 sehari sebelum Ramadan tetapi memilih untuk tinggal lebih lama kerana ingin mengerjakan ibadah bersama-sama pesakit.

Klik untuk gambar besar


Ashraf dipercayai dijangkiti virus tersebut setelah pulang dari menjalani penggambaran drama 'Demi' di Scotland pada 31 Mac lalu dan dimasukkan ke hospital pada 12 April lalu. Sementara itu, pelakon filem 'Ada Apa Dengan Dosa' ini memberitahu dia turut mempraktiskan penjarakkan sosial dalam kehidupannya selepas pulih daripada jangkitan.

"Sejujurnya kita yang bekas pesakit nak bersalam pun masih takut, malah kami semasa menerima rawatan di wad pun dah amalkan penjarakan sosial. Walaupun kami sesama pesakit rapat, tapi kita tak bersentuhan, bersalam atau berpeluk.

"Sekarang pun kami masih jaga sosial distance, dekat luar pun kita amalkan! Saya pun dah buat ujian dua kali dan negatif... Alhamdulillah isteri dan anak-anak sihat sahaja. Jadi, it's okay kalau tak nak bersalam sekalipun!," ujarnya.






www.myartis.com / Sumber & foto: mStar & Instagram Ashraf Muslim


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: