11 June 2020

ALIFF SYUKRI: "KESILAPAN SAYA TERLALU PERCAYA... BEBERAPA ORANG PEKERJA SAYA PECAH AMANAH..."


"Dalam perniagaan ni kita jgn terlalu percaya dgn kakitangan... kesilapan saya terlalu percaya pada staff... yg mulut manis belum tentu baik, yg kita nampak sombong belum tentu jahat. Hari ni (semalam) saya ada meeting tergempar beberapa org pekerja saya pecah amanah.. nak tau siapa??





"Biarlah rahsia.. Saya tak nak buka aib orang... biarlah ia jadi pengajaran bagi bg yg ada pekerja utk hati-hati. Cerita pasal orang ni x habis sebab diri kita lagi teruk... Jadi lebih baik saya diam je dari sibuk jaja cerita orang, maaf kami bz dgn urusan bisnes yg lebih penting. Disebbkan pekerja sy pecah amanah...

"Jadi saya ingin membuka peluang pekerjaan kepada anda yang berminat untuk menjadi personal asisten (pa) khidmat peLanggan, store keeper berminat sila dtg esok," demikianlah tulis usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri dalam mnerusi satu entri yang dimuatnaik semalam sambil memberikan alamat lokasi temuduga.

Klik untuk gambar besar


Aliff Syukri mendakwa beberapa pekerjanya dilaporkan telah melakukan pecah amanah. Lalu, penyanyi lagu 'Coba Bahagia' itu membuka ruang buat mereka yang berminat bagi mengisi beberapa kekosongan jawatan untuk hadir ke sesi temuduga terbuka.

Sambil menyifatkan ia sebagai satu pengajaran buat dirinya dalam menguruskan syarikat, bapa kepada lima cahaya mata ini juga memberitahu lebih baik bagi dirinya untuk menguruskan hal yang lebih penting.




www.myartis.com / Sumber & foto: Media Hiburan & Instagram Aliff Syukri


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: