11 June 2020

ASHRAF JUAL LAMPU ULTRAUNGU UNTUK MEMBASMI KUMAN - ILHAM TERCETUS SEBELUM MASUK WAD COVID-19


Selain aktif melakukan kerja-kerja amal selepas keluar dari wad Ramadan lalu yang sebelum ini disahkan positif COVID-19, pelakon Ashraf Muslim juga turut mengambil pendekatan untuk menjual lampu ultraungu yang berfungsi membasmi kuman. Kata Ashraf, inisiatifnya itu muncul ketika dunia mula bergelut dengan pandemik COVID-19 awal tahun lalu.





"Ilham untuk mengeluarkan produk ini tercetus sebelum saya dimasukkan ke dalam wad lagi dan usaha untuk mempromosikannya terbantut ketika saya sakit. Jadi, selepas keluar wad saya teruskan balik niat untuk membantu orang awam menjaga kebersihan dan kesihatan dengan cara berbeza.

"Ramai yang sudah keluarkan jenama sanitizer sendiri, oleh itu saya nekad mengeluarkan produk UV Germicidal Disinfection Lamp," kata pelakon filem 'Ada Apa Dengan Dosa' itu.

Klik untuk gambar besar


Fungsi lampu ultraungu itu jelas Ashraf mampu membunuh 99.9 peratus kuman yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar di permukaan bilik atau kediaman: "Norma hidup pun sudah berbeza, ramai yang semakin cenderung untuk menjaga kesihatan dan kebersihan diri serta lebih berhati-hati.

"Cara menggunakan lampu ultraungu ini mudah saja, cuma pasang dan biarkan selama 30 minit dan keluar dari ruang tersebut seketika. Ia jenis portable dan fungsinya seperti kita fogging," tambahnya yang menghantar sendiri produk terbabit kepada pelanggannya.






www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Ashraf Muslim


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: