11 June 2020

"SUAMI TAK LETAK SYARAT" - TASHA MAHU BERUBAH JADI LEBIH BAIK, MOHON DOAKAN DAPAT ZURIAT


Semua mengetahui mengenai pelakon Tasha Shilla yang dikenali dengan imej seksi, namun kini dilihat berpenampilan sopan selepas mendirikan rumah tangga dengan Muhammad Atiq Idris pada Februari lalu. Tasha atau nama sebenarnya Natasha Sheila Abdul Razak, 33, berkata sebagai seorang manusia dia sentiasa cuba untuk berubah menjadi lebih baik.





"Setiap manusia sentiasa cuba untuk berubah ke arah yang lebih baik. Begitu juga dengan saya. Suami tak pernah meletakkan apa-apa syarat pun dalam berpakaian. Dia faham yang saya cukup matang untuk buat keputusan sendiri," katanya.

Bercerita tentang kehidupan selepas berkahwin, pelakon drama 'Kamar Kamariah' ini mengaku kehidupannya berubah menjadi lebih bermakna dan bahagia. Tambahnya, dia dan suami banyak berkongsi cerita dan melakukan aktiviti bersama selain menjalankan tanggungjawabnya masing-masing.

"Syukur Alhamdulillah, lepas kahwin saya rasa lebih bahagia berada di samping suami. Kami banyak berkongsi cerita bersama, lakukan aktiviti bersama, semuanya bersama. Sebelum kahwin, saya hanya fikirkan diri saya dan keluarga sahaja, tetapi sekarang saya juga kena fikirkan tentang makan dan pakai untuk suami juga," ujarnya.

Klik untuk gambar besar


Bagaimanapun, apabila ditanya tentang kehadiran cahaya mata, Tasha hanya berserah pada perancangan Allah. Walaupun dia dan suami sudah bersedia untuk bergelar ibu bapa, Tasha berharap peminat dapat mendoakan agar mereka dikurniakan zuriat secepat mungkin.

"Berkenaan dengan zuriat saya letakkan pada perancangan Allah SWT, sama seperti saya dijodohkan dengan suami. Semua ini Allah dah tentukan. Kalau ikutkan saya dan suami InsyaAllah kami sedia untuk menjadi ibu bapa di masa akan datang.

"Saya harap peminat dapat doakan kami mendapat zuriat suatu hari nanti," tutur Tasha yang berkahwin dengan Atiq pada 28 Februari lalu dalam satu majlis sederhana yang diadakan di Majlis Wilayah Kuala Lumpur.










www.myartis.com / Sumber & foto: mStar & Instagram Tasha Shilla


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: