16 June 2020

ANAK GADIS WARNA RAMBUT - AZHAR SULAIMAN TEPUK DAHI: "YA ALLAHH, JINGGA LAA PULAK..."


Baru-baru ini, salah satu anak kembar kepada pelakon senior, Azhar Sulaiman iaitu Kasih Iris Leona telah tampil dengan imej terbaru apabila rambutnya kini diwarnakan dalam rona jingga. Lantas, Azhar dilihat ada memberikan respon terhadap perubahan stail rambut anak gadisnya yang melangkah ke usia remaja itu.





"Ya Allahh..... jingga laa pulak rambutnyaaa. Ingat I was the only one yang giler today.... rupanya," tulis bintang 'Abang 92' ini yang turut menerima reaksi daripada para peminat di bahagian komen.

Iris yang juga dikenali sebagai 'instafamous' turut memiliki hampir 200,000 pengikut, turut berkongsi foto gaya barunya itu. Memilih salon Ridzokumura untuk mendandan rambutnya, Iris turut tidak lepaskan momen dengan melakukan tarian Tik Tok bersama pendandan rambut terkenal itu.

Klik untuk gambar besar























www.myartis.com / Sumber & foto: Media Hiburan & Instagram Azhar Zulaiman, Kasih Iris Leona & @ridzokumura


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: