16 June 2020

DIKECAM ISU KLIA, NOURUL PERTAHANKAN DIRI: "YANG TAK SUKA... KALAU TAK FAHAM, TAK PERLU KOMEN"


"Apa yang berlaku Sabtu lepas, saya tak sangka ramai sangat rakyat Malaysia dan orang luar yang mengalami pengalaman sama macam saya. Ini bukan kali pertama berlaku terhadap saya dan suami. Video itu dibuat atas satu situasi di mana saya dan suami agak beremosi ketika itu dengan ibu bapa nak balik tetapi bukanlah yang negatif cuma sedih terpaksa berpisah selepas lama duduk bersama.





"Kami faham dengan banyak sangat undang-undang yang digariskan untuk kita menjaga diri supaya wabak Covid-19 tidak terus merebak. Kalau saya nak tunjuk dan buka aib orang lain, saya sebut nama siapa orang tu. Tapi saya takmau sebut biar orang atasan dia uruskan, buat apa nak cakap kat umum.

"Saya rakam video dengan niat menegur. Sebagai seorang penyanyi, saya juga dalam bidang perkhidmatan jadi saya faham. Saya faham mereka mungkin tak ada masa berehat dan emosi pun terganggu," kata penyanyi Nourul Depp, 43, menerusi sebuah rakaman video yang dimuatnaik di Instagram (IG)nya.

Klik untuk gambar besar


Nourul menyatakan ramai orang yang mengalami pengalaman sama saperti dirinya dan suami, Eric Daniel Depp selepas video luahan kekecewaan terhadap seorang petugas keselamatan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dikongsikan kepada umum. Menurut Nourul, dia tidak berniat untuk membuka aib anggota tersebut tetapi hanya dengan niat menegur.

Tegas pelantun lagu 'Kerana Terluka', seharusnya sikap sopan santun dan berbuat baik perlu dipraktikkan dengan semua orang bukan darjat yang menjadi ukuran: "Yang membezakan kita adalah sikap, kesopanan dan bagaimana kita hadapi situasi tersebut. Orang yang tak boleh ditegur ini adalah orang yang tertutup fikirannya.



"Yang silapnya pemikiran orang ramai ni adalah kesopanan tu hanya untuk orang berada, bukan untuk orang tak berada. Salah tu. Kita perlu bersopan dan berbuat baik dengan semua orang, bukan hanya VIP mahupun selebriti. Saya tak cakap semua anggota keselamatan tak okey, ramai yang baik," tuturnya.

Dalam pada itu, Nourul atau nama sebenarnya Noorulhuda Abdul Wahab berpesan agar memahami terlebih dahulu mesej yang disampaikan sebelum meninggalkan komen-komen yang kesat: "Peminat saya yang tahu perangai saya, tahu siapa saya dan apa yang saya selalu sampaikan di media sosial.

"Yang tak suka tu tak perlu datang kalau dah tak suka, ambil tahu pun buat apa. Kalau tak faham, tak perlu komen. Fahamkan dulu," ujar Nourul yang sebelum ini kesal dan terkejut dengan tindakan salah seorang petugas keselamatan di KLIA yang meninggikan suara terhadapnya.








www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Nourul Depp


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: