16 June 2020

"DULU SETAHUN SEKALI, SEKARANG SEBULAN SEKALI" - AERIL ZAFREL NEKAD ISTIQAMAH TUNAI ZAKAT


Pelakon Aeril Zafrel telah memuatnaik gambar dimana dia di pejabat zakat bagi menunaikan rukun Islam kelima dan berkata sebelum ini dia hanya membayar zakat setahun sekali, namun kini dia berniat untuk menunaikan zakat sebulan sekali untuk zakat perniagaannya.





Katanya, sudah menjadi tanggungjawab setiap individu berkenaan berbuat sedemikian apatah lagi dapat membantu golongan memerlukan. Aeril turut menyeru pihak yang mempunyai perniagaan dan berkemampuan dapat melakukan secara berterusan.

"Bertambah rezeki yang ALLAH kurniakan, bermakna makin besar tanggungjawab untuk membayar hak dan tanggung jawab diri dan perniagaan kita untuk saudara-saudara seiman. Alhamdulillah dulu setahun sekali, sekarang niat dan sudah amalkan sebulan sekali.

Klik untuk gambar besar


"Moga saya istiqomah. Doakan kami. Semoga pada yang berkemampuan dan berniaga, mari bersama-sama kita nekad terus-terusan melaksanakan zakat perniagaan dan peribadi kita," demikian tulis Aeril menerusi laman Instagram miliknya.

Perkongsian Aeril itu mendapat reaksi positif daripada netizen yang berharap tindakan pelakon itu dapat menjadi contoh dan inspirasi buat orang lain untuk melakukan perkara yang sama. Dalam pada itu, ramai yang mendoakan dengan zakat yang dibayar itu semoga Aeril sekeluarga akan dikurniakan rezeki yang berlipat kali ganda.

Tidak ketinggalan pelakon Norman Hakim turut meninggalkan komen dan memuji tindakan perkongsian pelakon 'Cari Aku Di Syurga' itu: "Alhamdulillah, teruskan dan sentiasa berkongsi. Ajak ramai-ramai lagi bayar zakat," katanya.




www.myartis.com / Sumber & foto: Rotikaya, Harian Metro & Instagram Aeril Zafrel


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: