16 June 2020

FIZO KOMEN 'LIFE PARTNER' AZAR AZMI: "MASIH SAMA... KAMI BERKAWAN BAIK, BELUM BABITKN PERASAAN"


"Jawapan saya masih lagi sama seperti sebelum ini. Kami berkawan baik, namun belum ada membabitkan sebarang perasaan antara kami. Mungkin apa yang dimaksudkan oleh Azar dengan panggilan 'life partner' atau teman hidup itu adalah untuk menggambarkan kami yang berkongsi minat sama," demikian kata pelakon Fizo Omar mengenai hubungannya dengan pelakon Azar Azmi.





Fizo diminta mengulas mengenai kapsyen Azar Azmi yang menggunakan panggilan 'life partner' menerusi gambar bersama Fizo Omar yang dimuatnaik baru-baru ini sehingga menimbulkan tanda tanya ramai warganet mengenai hubungan kedua-dua mereka.

Fizo menganggap panggilan itu sebagai teman yang berkongsi minat sama. Menurut Fizo, Azar meluahkan hasrat untuk mencuba melakukan aktiviti motosikal lasak bagi merasai sendiri pengalaman aktiviti terbabit: "Dia mahu cuba sertai aktiviti motosikal lasak sebab sudah lama teringin. Jadi, saya bawalah. Kami dapat lakukan aktiviti yang diminati, sekali gus dia pun mula suka," katanya.

Fizo bagaimanapun menghargai komen positif daripada warganet di ruangan komen foto itu: "Saya hargai semua komen positif daripada warganet. Saya harap, semua orang dapat mendoakan yang baik-baik. Apa pun, masih terlalu awal untuk kami menjalinkan hubungan lebih daripada kawan baik," katanya.

Klik untuk gambar besar



www.myartis.com / Sumber & foto: Harian Metro & Instagram Azar Azmi


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: