01 June 2020

AZZA KESAL NAMA DISALAH GUNA, 'SUGAR MUMMY AGENT': "TEMPOH 24 JAM, JIKA TIDAK SAYA BUAT LAPORAN POLIS"


Menerusi satu entri yang dimuatnaik di laman Instagram, pelakon Azza Elite telah meluahkan rasa kesal apabila terdapat pihak yang tidak bertanggungjawab menyalahgunakan namanya di sebuah aplikasi media sosial. Bahkan, menurut Azza individu tersebut turut menggunakan foto pelanggannya dipercayai untuk tujuan yang salah.





"Itu scammer tu. Saya pun nak suruh peminat saya semak sama ada dia dah turunkan ke belum. Saya bagi tempoh masa 24 jam. Jika tidak saya akan buat laporan polis sebab dia menggunakan nama saya," tuturnya.

Katanya tindakan tegas perlu diambil kepada pihak yang sewenang-wenangnya menyalahgunakan maklumat peribadi orang lain: "Ye dia guna nama sahaja, tapi biar kena ajar. Jangan suka-suka guna nama orang," katanya.

Klik untuk gambar besar


Terdahulu, Azza menerusi posting di Instagram mendakwa terdapat pihak tidak bertanggungjawab menggunakan namanya Azza Elite di akaun MiChat. Bahkan, akaun tersebut dipercayai mempunyai kaitan dengan aktiviti tidak bermoral apabila memaparkan profil akaun sebagai 'sugar mummy agent'.

Difahamkan, individu tersebut juga menggunakan gambar Aerin Saibi iaitu adik kepada pelakon 'Gerak Khas', Salina Saibi. Bagaimanapun, hasil semakan terbaru, difahamkan akaun tersebut dipercayai sudah dipadam apabila gagal dikesan.


www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Azza Elite


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: