01 June 2020

ISU NYANYIAN 'TERKUCIL' - NABILA RAZALI MOHON MAAF, SALAHKAN DIRI SENDIRI


Penyanyi Nabila Razali baru-baru ini hangat diperkatakan selepas nyanyiannya secara langsung menerusi 'Peluang Kedua' 'terkucil' dalam program MeleTOP Mega Raya Ria. Susulan kesilapannya itu, rata-rata netizen mempersoalkan kemampuan vokal penyanyi itu. Menerusi dihujung persembahan, kedengaran Nabila seperti sebak seolah terkilan kerana tidak dapat melakukan yang terbaik di bahagian korus lagu tersebut.





Di Twitter, seorang netizen berkongsikan video ketika rehearsal semuanya berjalan lancar sahaja. Mungkin gemuruh ketika membawa lagu tersebut secara live buat pertama kalinya. Bagaimanapun, seperti sudah dijangka ramai yang mengecam penyanyi itu malah mencadangkan agar Nabila masuk kelas vokal untuk memperbaiki lagi mutu nyanyian.

Sedar dirinya menjadi bualan ramai, Nabila tampil bersuara selepas tiga hari berdiam diri. Nabila menerusi Instagramnya memohon maaf kerana gagal membawa lagu 'Peluang Kedua' dengan baik dan menghampakan para peminat.

Nabila atau nama sebenarnya Nur Nabila Mohd Razali, 28, berkata dia meletakkan kesalahan tersebut atas dirinya sendiri. Disamping itu, Nabila turut berjanji akan memperbaiki mutu persembahannya di masa akan datang dan berterima kasih kepada semua pihak yang memberi sokongan padanya.

Klik untuk gambar besar


"Assalammulaikum, pertama sekali, saya mohon maaf sangat kerana mengecewakan anda semua. Saya tidak meletakkan kesalahan itu kepada orang lain tetapi diri sendiri. Saya akan pastikan memperbaiki diri menjadi lebih baik pada masa hadapan. Saya pasti setiap apa yang berlaku ada hikmahnya," kata Nabila.

Sedutan rakaman nyanyian secara langsung yang 'terkucil' itu ketika di program tersebut menjadi tular dan mengundang kritikan serta kecaman daripada netizen di laman sosial. Rata-rata netizen mempertikaikan kemampuan nyanyian pelakon drama 'Seindah Tujuh Warna Pelangi' tersebut memandangkan kejadian itu bukan kali pertama berlaku.

Biarpun menerima kecaman yang teruk namun masih ada lagi segelintir netizen dan rakan selebriti turut memberi kata-kata semangat dan berharap Nabila tidak berputus asa dalam bidang nyanyian. Dalam pada itu, penyanyi lagu 'Pematah Hati' ini turut meluahkan rasa syukur dan berterima kasih kepada rakan-rakan yang menghubunginya untuk memberi kata-kata positif serta semangat buatnya.



Menurut Nabila atau lebih mesra disapa Bella, ketika ini dia sangat memerlukan kata sokongan dan sentiasa mendoakan yang baik-baik buat semua orang: "Kepada yang DM, WhatsApp dan hubungi saya untuk tenangkan saya, terima kasih banyak sebab selalu ada bersama saya dan berikan kasih sayang yang banyak kepada saya. Anda tahu siapa anda. Saya sememangnya sangat perlukannya. Saya doakan segala yang baik-baik untuk anda semua," ujarnya.

Sementara itu, peminat dan beberapa rakan artis turut memberikan kata-kata semangat kepada penyanyi 'Vroom Vroom' ini serta mengatakan ianya perkara biasa yang selalu dialami oleh penyanyi termasuk mereka yang berpengalaman sekalipun.

"Bella... its ok setiap penyanyi pasti pernah jadi macam tu, Bella improve banyak tau. Abaikan kata-kata negatif dan jangan fikir banyak sangat. Semua orang berlajar dari kesilapan. Apa yang jadi itu normal," ujar Shiha.

"Saya masih bangga dengan awak," Hael Husaini. - "Kita manusia kakak... apa yang jadi bukan dirancang pun. Yang penting you improve a lot than before. Be proud of yourself," ujar Wani Kayrie. - "Tiada penyanyi yang tak buat silap atas pentas, teruskan kerjaya," ujar Mark Adam.










www.myartis.com / Sumber & foto: Rotikaya, mStar & Instagram Nabila Razali


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: