01 June 2020

ISTERI IDZHAM ISMAIL HAMIL ANAK KEDUA: "DIA TAK BOLEH TENGOK MAKANAN SAMA"


Alhamdulillah... tahniah kami ucapkan kepada pelakon Idzham Ismail apabila isterinya kini sedang hamil anak kedua mereka. Idzham berkongsi berita gembira tersebut dengan memuatnaik rakaman video imbasan ultra bunyi di laman Instagram miliknya ketika isterinya membuat pemeriksaan.





Idzham, 32, turut mendedahkan bahawa isterinya itu mengalami alahan dan gejala pembawaan budak ketika di awal kandungan. Menurut Idzham, ia merupakan satu pengalaman baharu buat kerana isterinya tidak mengalami sebarang gejala pembawaan sewaktu mengandung anak sulung mereka.

"Waktu bulan pertama tu, memang dia tak boleh tengok makanan sama. Kalau dah makan satu jenis makanan tu, kena makan lain pula. Kalau makan mi pun, nak makan mi lagi tak boleh tengok jenama sama. Bahkan, setiap hari petang atau malam, saya akan jadi tukang urut dia. Urut untuk buang angin dalam badan. Barulah saya terdetik rasa macam ni rupanya orang kena pembawaan budak. Maklumlah, sewaktu dia mengandung anak sulung, tak ada lalui begini," katanya.

Klik untuk gambar besar


Menurut Idzham lagi, dia bersyukur apabila hasratnya untuk menambah cahaya mata lagi selepas anak sulungnya, Nur Sofea Inara berusia tiga tahun dimakbulkan: "Sebelum ini, isteri saya kontrak dengan Malaysia Airlines (MAS), jadi sukar untuk mengandung. Tapi, alhamdulillah, rezeki dia dah dapat jawatan tetap sekarang. Itu, yang saya ajak dia untuk tambah anak, lagipun, anak sulung kami pun dah besar," katanya.

Jelasnya, lagi, sejak isterinya berbadan dua, anaknya juga menjadi semakin manja dengan ibunya: "Sebelum ini, Inara rapat dengan saya, tapi sejak ibu dia ada baby dalam perut, asyik nak melekat dengan ibunya sahaja," ceritanya.

Untuk makluman, Idzham mendirikan rumah tangga dengan pramugari, Siti Nur Abilah Shamsudin pada 27 Ogos 2016. Hasil perkongsian hidup, pasangan itu dikurniakan puteri sulung, Nur Sofea Inara pada 24 Mei 2017.




www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Idzham Ismail


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: