01 June 2020

EIDREES GENAP SETAHUN: "AMBIL MASA TIGA TAHUN... KAMI MEMANG MAHU ANAK LELAKI" - ANZALNA


Menerusi muatnaik di laman Instagram, pelakon Anzalna Nasir dan suaminya, Hanif Zaki telah memuatnaik ucapan sempena ulang tahun kelahiran pertama anak mereka, Mohamad Eidrees yang kini genap usia setahun pada 31 Mei. Sempena hari istimewa anak lelakinya itu, Anzalna dan suami mengimbas kembali kenangan dimana detik Eidrees di dalam perut sehinggalah dilahirkan.





"Selamat ulang tahun kelahiran pertama anakku, saya ambil masa tiga tahun untuk hamil. Ketika saya tahu saya mengandung anak lelaki, saya sangat gembira, ya kami berdua memang mahu anak lelaki," tulis Anzalna di Instagram.

Tambah Anzalna, Eidrees telah dilahirkan beberapa hari sebelum Hari Raya Aidilfitri: "Saya melahirkan Eidrees beberapa hari sebelum raya, sebab itulah saya menamakan dia EIDrees, ia merupakan detik yang tak dapat dilupakan. Saya suka melihat dia membesar menjadi kanak-kanak yang gembira, Alhamdulillah.

Klik untuk gambar besar


"Saya tak percaya anak saya kini setahun. Masa berlalu dengan pantas... Saya suka melihat dia membesar dengan gembira. Alhamdulillah... @hanif_zaki @mohamadeidrees," tulis Anzalna pada sebuah video imbas yang dimuatnaiknya.

Menjengah ruangan komen entri berkenaan, rata-rata pengikut Anzalna telah mengucapkan selamat hari lahir dan mendoakan kebaikan buat Eidrees. Untuk makluman, Anzalna mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Hanif Zaki pada 21 Februari 2016 dan dikurniakan cahaya mata sulung pada 31 Mei 2019.


























www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Anzalna Nasir


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: