01 June 2020

FILEM 'LOCKDOWN' - MAMAT KHALID NAFI LANGGAR ARAHAN JALANI PENGGAMBARAN KETIKA PKP


Baru-baru ini, pengarah terkenal, Mamat Khalid telah memuat naik sedutan filem terbaharu berjudul 'Lockdown' di laman sosial. Namun begitu, tindakan Mamat mengundang persoalan apabila ada yang menyangkakan sengaja melanggar arahan larangan dikeluarkan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) yang tidak membenarkan sebarang aktiviti penggambaran.





Filem 'Lockdown' didakwa menjalani penggambaran Ramadan lalu, sekali gus melanggar arahan larangan dikeluarkan FINAS. Bagaimanapun, pengarah terkenal, Mamat Khalid menafikan dakwaan filem tersebut menjalani penggambaran ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Mamat berkata, filem terbitan syarikatnya, Enjit-Enjit Semut menjalani penggambaran sebelum tempoh PKP dilaksanakan. Kini, filem berkenaan dalam peringkat pos-produksi: "Filem 'Lockdown' arahan anak saya, Amin Khalid.

"Pada asalnya, judul filem, 'Benda Asing' dan penggambarannya dijalankan sebelum tempoh PKP. Bagaimanapun, memandangkan jalan cerita sesuai dengan situasi dialami hari ini, jadi judulnya ditukar kepada 'Lockdown'. Sebaik sahaja filem ini selesai menjalani penggambaran, PKP pun bermula.

Klik untuk gambar besar


"Jadi, kami menghabiskan masa untuk menyiapkan proses suntingan dan sebagainya. Saya muat naik dalam laman sosial pada Ramadan lalu bertujuan untuk promosi awal, bukannya filem sedang menjalani penggambaran," kata pengarah filem 'Hantu Kak Limah' itu.

Filem 'Lockdown' menampilkan pelakon, Wan Raja itu mengikut langkah filem arahan Mamat sebelum ini, 'Manap Karaoke' yang ditayangkan di saluran Astro First: "Kita tidak tahu sampai bila pandemik COVID-19 ini akan berakhir. Pawagam juga masih belum beroperasi hingga hari ini.

"Jadi, daripada filem terbiar begitu sahaja, lebih baik saya tayang menerusi Astro First. Alhamdulillah, filem 'Manap Karaoke' mendapat sambutan menggalakkan. Mungkin sebab orang ramai masih duduk di rumah, selain genre filem yang bersifat kekeluargaan dan komedi," ujarnya.






www.myartis.com / Sumber & foto: Berita Harian & Instagram Mamat Khalid


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: