29 June 2020

BABY SHIMA CEDERA JATUH MOTOSIKAL KETIKA PENGGAMBARAN - ADA NETIZEN KATA 'GIMIK' SEMATA-MATA


Penyanyi Baby Shima menerusi satu entri di laman Instagram telah berkongsi sebuah video yang memaparkan keadaan tanggannya yang berlumuran darah selepas terjatuh daripada motosikal. Bahkan, Shima turut memohon maaf kepada pihak produksi kerana terpaksa menangguhkan proses penggambaran yang masih lagi berbaki.





"Mintak maaf tak dapat nak habiskan shooting harini, ini semua diatas kecuaian Shima juga.. 🙏🏻🙏🏻 Doakan Shima pulih 😖," tulis bekas peserta Big Stage musim pertama itu.

Shima ketika dihubungi memberitahu yang dia mengalami kecederaan selepas terjatuh daripada atas motosikal yang diboncengnya sewaktu menjalani sebuah penggambaran di Puncak Alam, Selangor. Menurut Shima, kejadian berlaku apabila dia gagal mengawal diri ketika cuba berdiri di atas motosikal.

Klik untuk gambar besar


"Saya cuba-cuba berdiri di atas motor untuk satu babak aksi ini. Kemudian apabila motosikal itu menekan brek, saya terjatuh. Disebabkan saya cuba menahan dengan tapak tangan terlebih dulu, itu yang bahagian tangan kiri saya cedera," jelasnya ketika dihubungi.

Menurut Shima, dia kemudian dibawa ke klinik berdekatan bagi mendapatkan rawatan lanjut: "Penggambaran tersebut terpaksa ditangguhkan buat sementara waktu dahulu. Lepas tangan saya elok, baru sambung semula. Apapun, keadaan saya sekarang okay sahaja," katanya.

Melihat pada bahagian komen, ada diantara mereka mendoakan kesembuhan Shima, namun ada juga yang mengatakan luka tersebut hanya 'gimik' semata-mata. Anda rasa betul ke tipu?










www.myartis.com / Sumber & foto: Beautifulnara, Astro Gempak & Baby Shima


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: