14 June 2020

BELLA HADIAHKAN IBU SET BARANG KEMAS: "MAMA CAKAP JANGANLAH SUSAH-SUSAH, BAZIR DUIT"


Baru-baru ini, penyanyi dan pelakon Bella Astillah telah membuat kejutan dengan mengadakan sambutan hari jadi dan menghadiahkan barangan kemas kepada ibunya, Zarinah. Bella atau nama sebenarnya Dayang Nabellah Awang Astillah, 26, berkata, ibunya seorang yang ringkas dan bersederhana, malah tidak mengharapkan hadiah dan sambutan hari jadi sehingga bermewah-mewah.





Menerusi perkongsian di laman Instagram, Bella yang juga anak sulung dalam keluarga sekali lagi memuatnaik ucapan hari jadi buat ibunya beserta beberapa gambar sambutan hari jadi yang dibuat, semalam.

"Alhamdulillah dapat celebrate hari ini. Mama cakap "Janganlah susah-susah nak buat semua ni, dekorasi lagi, umur mama dah berapa, seganlah, nak tempah kek apa semua". Ma, this is my answer; tak susah pun nak dibandingkan dengan pengorbanan mama membesarkan Kak Long dan adik-adik. And mama cakap lagi, janganlah bazir duit kenapa beli hadiah?" kongsi Bella.

Klik untuk gambar besar


Menghargai jasa dan pengorbanan ibunya, Bella turut melihat keringat ibunya dalam membesarkan adik-beradiknya yang lain: "Mama lahirkan Kak Long, jaga, didik, kasi sekolah pun mama sendiri ndak pernah kasitau atau minta duit pun tak kira apapun keadaan / situasi mama.

"Selalu pastikan nak bagi yang terbaik. Pastikan pergi sekolah hari-hari. Sekolah pagi, sekolah agama, mengaji, tuisyen malam sampai kak long dapat diploma. Alhamdulillah semua atas bantuan sokongan dan dorongan mama Ayah. Kak Long sendiri sebagai anak sulung nampak pengorbanan mama.



"Mama sangat rajin dan kuat. Sangat. Sekarang Kak Long nak cuba balas sikit-sikit walaupun tak tertanding, Kak Long cuba bahagiakan mama dan ayah selagi Kak Long hidup InshaAllah," tambahnya yang sudah merancang lebih seminggu untuk majlis hari jadi ibunya itu.

Selain Bella, adiknya yang juga penyanyi, Didi Astillah turut menghadiahkan barangan kemas. Menurut Bella yang tampil menerusi lagu 'Tenang' itu lagi, dia merancang seminggu untuk membuat kejutan hari jadi itu.

Malah, Bella juga mengambil inisiatif sendiri dengan membuat dekorasi majlis yang diadakan di rumah mereka: "Saya merancang ini seminggu. Apa pun ini saya deko sendiri. Gembira sangat dapat buat kejutan pada mama. Saya sayang mama," katanya.






www.myartis.com / Sumber & foto: Harian Metro, Astro Gempak, Instagram Bella Astillah & Eina Astillah


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: