04 June 2020

BILA ADIK BERI HINT - SAH MIRA FILZAH BAKAL KAHWINI ANAK MENTERI?


Adik pelakon popular, Mira Filzah iaitu Aina Fadhilah yang menulis ucapan hari jadi menggunakan gelaran abang ipar kepada lelaki yang dikaitkan dengan pelakon itu, Wan Emir Astar telah menarik perhatian peminat.

Gosip terus bertiup kencang dan ada yang mendakwa ianya mengukuhkan lagi spekulasi yang mengatakan Mira dan anak kepada Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datin Mastura Mohd Yazid itu bakal berkahwin tidak lama lagi.





Meskipun ringkas iaitu 'Happy Birthday BIL' (brother-in-law), namun ia mendapat lebih 160 like daripada pengikut di Instagram Wan Emir yang seolah faham dengan hint tersebut.

Bahkan di status yang dimuat naik Wan Emir beserta gambar wanita yang ditanda (tag) nama Mira Filzah dan ibunya itu bersama cincin di jari manis turut mengundang teka teki. Turut tertera ialah beberapa perkataan bahasa Inggeris iaitu 'thankful', 'grateful' dan 'blessed'.

"Maafkan saya, semua orang, atas semua kelemahan dan kekurangan saya. Dan terima kasih yang kepada semua untuk segalanya.

Klik untuk gambar besar


"Terima kasih atas segala ucapan dan doa. Semoga Allah memberkati kita semua," tulisnya Wan Emir yang kemudiannya mendakwa ucapan terima kasih itu lebih kepada keluarga terutama kepada ibu dan Allahyarham bapanya sempena hari jadinya.

Untuk info, kisah pasangan ini mula menjadi perhatian selepas Mira mengakui sedang berkawan dengan lelaki bukan dalam kalangan penggiat industri kepada Harian Metro tahun lalu.

Malah, awal tahun ini dan beberapa bulan lalu bertiup kencang Mira dan Wan Emir bakal berkahwin pada Oktober ini.

Jika benar, tahniah diucapkan!



         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: