03 June 2020

8 BULAN DERITA, ANAK SAUDARA TAUKE MENINGGAL DUNIA: "SAMPAI SEKARANG TAK DAPAT KESAN SI PELAKU"


Pelawak Tauke Jambu menerusi laman Instagram miliknya telah berkongsi berita sedih dimana dia kehilangan anak saudaranya, Abdul Mutasa Mukmin Abdul Mutalib yang meninggal dunia pada petang Selasa. Menurut Tauke atau nama sebenar Zamratul Amri Zakaria, 42, Allahyarham meninggal dunia setelah menderita kecederaan dalaman akibat insiden langgar lari yang berlaku tahun lalu.





"Salam sahabat beriman... anak saudara aku yang jadi mangsa langgar lari telah kembali ke Rahmahtullah selepas berjuang dengan lumpuh sejak bulan 10 tahun lalu. Perginya seperti bayi yang sedang tidur... mohon sedekah Al-Fatihah kepada Abdul Mutasa Mukmin Haji Abdul Mutalib," katanya menerusi Instagram.

Bersama kapsyen tersebut, dia turut berkongsi beberapa keping foto Allahyarham Mutasa. Sementara itu, Tauke berkata sehingga kini individu yang terbabit dalam kemalangan tersebut masih belum dapat dikesan.

Klik untuk gambar besar


Bagaimanapun, dia percaya kebenaran akan terbukti kelak dan Allah akan memberikan perhitungan sewajarnya terhadap individu yang menjadi punca insiden tersebut: "Sampai sekarang tak dapat kesan si pelaku... dunia manusia tak nampak tapi Allah maha melihat," ujarnya.

Pada Oktober tahun lalu, Tauke mengesahkan anak saudaranya antara mangsa yang terlibat dalam kemalangan langgar lari di Jengka, Pahang. Akibat kemalangan itu, Mutasa mengalami cedera parah dan tidak sedarkan diri.




www.myartis.com / Sumber & foto: mStar & Instagram Tauke Jambu


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: