03 June 2020

"YANG KUTUK-KUTUK ORANG NI, THEY DON'T BUY YOUR MUSIC... KEBANYAKKAN KOMEN SANGAT KEJAM, KASAR" - NABILA


Penyanyi Nabila Razali dilihat tetap positif dan terbuka meskipun menerima kritikan selepas 'terkucil' waktu membuat persembahan secara 'live' di program hiburan baru-baru ini. Malah, dia turut dilihat kekal menitipkan kata-kata semangat di laman Instagramnya.





Jelas penyanyi 'Peluang Kedua' itu, selalunya individu yang lantang mengkritik sebenarnya tidak menyokong naskhah seseorang selebriti. Atas sebab itu, terus berjuang dan tetapkan matlamat untuk berjaya tanpa mempedulikan mereka yang mengutuk.

"Yang kutuk-kutuk orang ni, they don't buy your music, they don't buy ticket to watch your film, they don't support your drama, they don't buy ticket to watch your theatre. Why should you bother about them. Keep doing what you do best. Set your goals straight. Achieve your dreams," kata menerusi satu video yang dimuatnaik di saluran Youtube miliknya.

Dalam masa sama, Nabila yang juga seorang pelakon itu menyifatkan pengalamannya 'terkucil' ketika membuat persembahan secara 'live' sebagai satu insiden yang memalukan. Begitupun, katanya, dia mengakui apa yang berlaku itu disebabkan oleh kesilapan yang datang daripada dirinya sendiri.

Klik untuk gambar besar


"Itulah yang berlaku pada saya minggu lepas. Saya buat video ini bukan untuk menegakkan benang yang basah. Seperti yang korang tengok, it was so embarassing (ia sangat memalukan). Saya kesal dengan apa yang berlaku.

"Selepas saya nilai semula video itu, saya kurang warm up, tak jaga makan sepanjang PKP, saya lama tak buat persembahan. Jujur saya cakap malam itu malam paling gementar buat saya. Saya tahu ramai yang meletakkan harapan yang tinggi, tapi saya gagal dalam cubaan pertama saya," tuturnya.

Di sebalik insiden itu, kata Nabila, dia berasa terkilan apabila menerima kritikan yang teruk daripada netizen yang menghentam persembahannya menyanyikan lagu 'Peluang Kedua' itu: "Kebanyakan komen yang diterima sangat kejam.. sangat kasar. Korang boleh tengok sendiri di media sosial saya.



"Sampaikan saya terfikir bagaimana mereka dibesarkan sampai sanggup guna ayat kasar sebegitu kepada orang yang mereka tak kenal. Kepada yang nak komen tu, komenlah dengan cara berhemah sebab komen anda menggambarkan keperibadian anda," ujarnya.

Walau apa pun, kata Nabila insiden itu sedikit pun tidak mematahkan semangatnya untuk terus pergi lebih jauh. Bahkan, katanya, dia yakin sentiasa ada ruang buatnya untuk memperbaiki kekurangan diri: "Kita pun manusia biasa juga yang tak boleh lari daripada melakukan kesilapan.

"Cuma, kesilapan kami ini ditonton oleh jutaan orang. Jadi, janganlah asyik nak menghukum. Segala komen positif dan negatif saya terima dengan hati terbuka. Saya jadikan iktibar pada masa akan datang. Selepas apa yang berlaku ini juga, buat saya sedar siapa kawan kita sebenar," jelasnya.

Dalam pada itu, rata-rata netizen terus memberikan kata-kata semangat buatnya di ruang komen. Terdahulu, Bella menerima kecaman hebat apabila gagal menyanyikan lagu 'Peluang Kedua' di program MeleTop Mega Raya Ria, dengan baik sekaligus menerima reaksi pelbagai wargamaya.




www.myartis.com / Sumber & foto: Media Hiburan, Astro Gempak & Instagram Nabila Razali


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: