03 June 2020

PU RIZ TANAM 2,000 HELAI RAMBUT: "BUKANNYA HARAM TANAM SEBALIKNYA SAMBUNG RAMBUT ITU HARAM"


Jika sebelum ini ramai selebriti yang menanam rambut, terkini pendakwah bebas dan pelakon, PU Riz juga mengakui dia ada menjalani rawatan menanam rambut sekitar Oktober tahun lepas. Kata PU Riz atau nama sebenarnya Haris Ismail, 25, keputusannya untuk menanam rambut kerana berdepan masalah keguguran rambut yang serius pada bahagian hadapan dan tengah kepala.





"Malulah kalau umur 25 tahun rambut tengah dah hilang. Jadi kita ambil kelebihan teknologi yang ada kita untuk memperbaiki dan memelihara kesucian yang Allah berikan kepada kita. Boleh untuk tanam rambut, tak berdosa tapi jangan ubah apa yang Allah beri kepada kita," tuturnya.

Sebanyak 2,000 helai rambut pada bahagian belakang kepalanya diambil dan ditanam semula di bahagian hadapan. Melalui prosedur itu, PU Riz akui sakit memandangkan dia mengelak daripada mengambil ubat bius yang banyak.

Klik untuk gambar besar


"Setiap orang pengalaman berbeza-beza. Bagi saya rawatan ini sakit terutama ketika proses mencabut rambut asal di bahagian belakang kepala. Saya pula cuba elakkan ubat bius terlalu banyak sebab tidak mahu muka bengkak selepas rawatan itu. Alhamdulillah, hasil yang diperolehi pun sangat memuaskan hati," ujarnya.

Mengulas mengenai hukum menanam rambut yang masih diragukan hingga kini, PU Riz menjelaskan rawatan tersebut tidak haram: "Bukannya haram tanam rambut sebaliknya menyambung rambut itu yang haram. Kalau kita berjumpa orang lebih pakar dan kita ikut nasihatnya, tiada masalah.

"Cuma kalau kita menambah perkara tak perlu itu ada kemusykilan dan sepatutnya tak bolehlah. Kalau ada masalah rambut berjumpalah pakar sebab pastinya kita mahukan rambut yang sihat dan segar," katanya.




www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram PU Riz


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: