03 June 2020

HANS ISAAC 'PULANGKAN' SEMUA GAJI & ELAUN FINAS KEPADA YANG TERJEJAS AKIBAT COVID-19


"Saya nak 'pulangkan' duit itu kepada semua penggiat seni yang terjejas teruk akibat COVID-19. Saya akan pilih mana yang memerlukan tidak kiralah krew, jurusolek, atau mana-mana individu belakang tabir.





"Saya akan bantu," jelas bekas Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Datuk Hans Isaac yang nekad untuk 'memulangkan' kesemua gaji dan elaun diterimanya sepanjang 13 bulan memegang jawatan itu kepada industri penerbitan filem dan drama.

Hans berkata, wang itu akan disalurkan kepada semua penggiat seni belakang tabir yang terjejas dari segi kewangan akibat penularan pandemik Covid-19 serta pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Menurut Hans, dia tidak mahu mengambil satu sen pun daripada elaun dan gaji berkenaan. Jelasnya, dia juga sudah menyimpan hasrat berkenaan sejak mula memasuki FINAS: "Sejak mula menjadi pengerusi, memang saya tidak mahu apa-apa daripada Finas termasuk gaji dan elaun yang diberikan.

Klik untuk gambar besar


"Sejak mula menjadi pengerusi lagi saya pernah cakap tidak mahu apa-apa daripada Finas termasuk gaji dan elaun yang diberikan. Saya tahu ramai daripada mereka yang terjejas apabila penggambaran perlu diberhentikan. Jadi, kalau ada yang memerlukan boleh datang berjumpa saya dan saya juga akan cuba mencari mereka.

"Sekarang saya tidak lagi dalam agensi itu, jadi sudah tiba masanya saya 'pulangkan' semula elaun berkenaan. Jadi kalau ada yang memerlukan boleh datang jumpa saya. Saya juga akan cari mereka yang terkesan akibat COVID-19," kata Hans pada satu sidang media khas di Bukit Damansara, semalam.

Dalam masa sama, Hans mengakui dirinya yang bukan 'orang politik' menjadikan dia mangsa keadaan sehingga menjadi sasaran beberapa persatuan yang sentiasa menekan dirinya. Hans yang juga pelakon berkata, ketelusan dalam bekerja menjadikan dirinya kurang disenangi segelintir pihak.



"Saya tidak ada agenda politik sepanjang dalam agensi itu. Saya tak pandai bermain 'game' politik. Saya kalau bekerja memang akan tegas dan telus. Jadi, apa yang berlaku saya anggap saya mangsa keadaan. Dari dulu lagi saya selalu cakap, industri kreatif tak boleh babitkan politik. Kalau ada, ia memang takkan berjaya. Perkara ini sudah lama berlaku.

"Jadi, apabila saya ditamatkan kontrak, sedikit pun tak terasa hati. Malah, saya sudah jangka. Tapi tidak mengapa, sebab saya dan pasukan sebelum ini sudah buat yang terbaik. Seperkara saya nak cakap, inilah masalah yang berlaku di Finas.

"Kalau tukar kerajaan, pimpinan dalam agensi ini pun ditukar. Sampai bila pun masalah tak selesai dan pembaharuan sukar dicapai. Malah, ia kena mula dari awal semula. Sekurang-kurangnya habiskan kontrak jawatan itu dulu," ujarnya.

Untuk rekod, Hans yang dilantik menjadi Pengerusi Finas pada 8 April tahun lalu ditamatkan kontrak daripada jawatan itu pada 23 Mei lalu. Tempat Hans digantikan dengan Zakaria Abd Hamid yang juga aktivis masyarakat.


www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak, Instagram Amar Baharin & Amyra Rosli


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: