03 June 2020

GUNA KEKERASAN TERHADAP POLIS, FARID KAMIL DI HUKUM PENJARA 13 BULAN


Gara-gara menggunakan kekerasan jenayah serta mengeluarkan perkataan tidak sopan terhadap seorang anggota polis 2 tahun lalu, pelakon Datuk Farid Kamil Zahari telah dijatuhi hukuman penjara selama 13 bulan atas kesalahan tersebut semalam.

Difahamkan, pada tahun 2018, pelakon yang berusia 39 tahun ini didakwa telah menghalang anggota polis iaitu Konstabel Muhammad Nizam Jamaluddin menjalankan tugas dan mengeluarkan perkataan kesat di kaunter pertanyaan Balai Polis Trafik Kota Damansara, demikian laporan yang dipetik daripada Bernama,





Sehubungan itu, Majistret Nor Ariffin Hisham telah menjatuhkan hukuman penjara 13 bulan terhadap tertuduh selepas dia gagal menimbulkan keraguan munasabah dan dibuktikan bersalah terhadap dua pertuduhan terbabit.

Bagaimanapun, mahkamah memerintahkan supaya kedua-dua hukuman tersebut dijalankan secara serentak bermula semalam (2 Jun 2020) sementara mengarahkan tertuduh untuk menjalankan hukuman tersebut secara berasingan dengan hukuman penjara 9 bulan atas kesalahan pengambilan dadah jenis ganja Tetra Hydrocannibol (THC).

Klik untuk gambar besar


Selain itu, tertuduh juga telah diperintahkan oleh mahkamah supaya membayar kos pendakwaan berjumlah RM5,000 atau menjalani hukuman penjara selama 6 bulan jika gagal membuat pembayaran tersebut.

Mahkamah bagaimanapun membenarkan aktor terkenal itu untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman terbabit dengan membayar jaminan sebanyak RM10,000 berserta seorang penjamin sementara peguamnya memfailkan rayuan.

         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: