21 June 2020

HILANG 11 HARI - ANAK SAUDARA FAUZI NAWAWI AKHIRNYA DITEMUI DI KELANTAN: "KEADAAN TERPINGA-PINGA, DEMAM PANAS"


"Alhamdulilah semalam kami dihubungi orang awam bahawa Najiha telah ditemui di stesen bas di Tanah Merah, Kelantan. Dia ditemui keseorangan dalam keadaan terpinga-pinga dan didapati dia demam panas. Kami pun terkejut bagaimana dia boleh berada jauh dari tempat dia hilang iaitu kediamannya di Perak.





"Apa-apa pun terima kasih kepada pihak yang menjumpai dia dan bawa pulang ke rumah untuk diselamatkan," demikianlah kata pelakon Fauzi Nawawi yang mengesahkan anak saudaranya, Siti Najiha, 22, yang hilang sejak 9 Jun lalu telah selamat ditemui di Tanah Merah, Kelantan semalam.

Menurut Fauzi, Najiha yang merupakan anak kakaknya ditemui oleh orang awam di stesen bas dalam keadaan terpinga-pinga dan tidak sihat. Suami kepada pelakon Lisdawati itu menghubungi Astro Gempak dan mengesahkan sendiri berita tersebut.

Klik untuk gambar besar


Kata Fauzi, Najiha bakal dibawa pulang ke rumah dan seterusnya membuat pemeriksaan kesihatan di hospital: "Abang ipar kini dalam perjalanan membawa Najiha pulang dan seterusnya ke balai polis untuk melaporkan situasi terkini. Kami juga bakal membawa Najiha ke hospital untuk pemeriksaan kesihatan. Selebihnya kami akan serah kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan," jelasnya lagi.

Untuk makluman, anak saudara Fauzi yang merupakan Orang Kelainan Upaya (OKU) dilaporkan hilang sejak 10 hari lalu dan berita kehilangannya disebarkan selepas seminggu kehilangannya.


www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: