14 June 2020

KEMBALI BERTUDUNG - FATHIA LATIFF MENGAKU KHILAF, MOHON DIBERI PELUANG KEDUA


"Pada akhirnya, saya kena balik kepada pegangan agama dan kepercayaan. Saya tiada alasan kenapa kembali bertudung. Saya manusia biasa tidak lepas melakukan khilaf demi khilaf. Saya dalam fasa membetulkan diri. Bukan mudah hendak istiqamah.

"Saya pernah hanyut, terleka dan lalai hingga jatuh terduduk saat buat keputusan membuka tudung. Saya tanggung semuanya kerana silap sendiri. Saya bukan masih muda lagi. Dahulu saya tidak matang.





"Sekali lagi, saya harap diberi peluang dan ruang untuk memperbaiki diri dan berubah," ujar Fathia Latiff dipetik sebagai berkata mengenai pemakaian tudungnya yang menjadi bualan hangat sebelum Ramadan lalu.

Ini kerana, ada segelintir pihak yang skeptikal dengan keputusannya itu dan ada juga yang mendakwa dia berbuat begitu kerana mahu berniaga tudung semata. Bagaimanapun, Fathia berkata dia tetap reda dan mengakui bukan mudah untuk istiqamah kerana dia mahu berubah menjadi insan lebih baik.

"Benar, saya manusia biasa. Namun, itu bukan alasan untuk saya buat silap dan kembali sedar. Seterusnya, buat lagi hal sama. Hidup ini bukan panjang lagi.

Klik untuk gambar besar


"Saya akui tewas ketika diuji. Ada fasa dalam hidup termasuk hal peribadi dan kebodohan akhirnya menjerat diri.

"Saya memberontak tidak kena gaya. Natijahnya, hanya saya tahu. Saya lupa diri ini bukan orang biasa, sebaliknya insan dikenali yang diperhati setiap tindak tanduk.

"Sampai bila saya hendak ‘pakai buang’ dalam kewajipan bertudung. Mahu atau tidak, saya kena tetap pendirian. Soal bertudung, saya kena pakai kerana itulah tuntutan wanita Islam," tambahnya yang masih rindukan bidang lakonan.





         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: