14 June 2020

HAMPIR 300 BERATUR 3 KM NAK KERJA 'BUMBLEE BEE' - SHUIB TAK SANGKA, TERSENTUH


Dek kerana pandemik COVID-19, ramai yang terkesan dengannya sehingga ada diantara mereka dibuang kerja. Kerana kesan tersebut, ramai yang datang ke sesi temuduga terbuka bagi mencari kakitangan perusahaan produk minuman yang diasaskan oleh Shuib Sepahtu. Ketika temuduga, suami kepada penyanyi Siti Sarah itu tersentuh apabila dihadiri individu dibuang kerja impak daripada COVID-19.





Dihadiri hampir 300 pencari kerja sedangkan syarikat hanya mahu mengupah kira-kira 100 orang, calon terpaksa beratur panjang sehingga tiga kilometer bagi menjaga penjarakan pada sesi temuduga yang berlangsung dua hari, mulai Rabu lalu.

Shuib mengaku perasaannya bercampur baur apabila melihat terlalu ramai calon datang mencuba nasib: "Saya tidak sangka sama sekali sesi temuduga itu mendapat sambutan luar biasa. Kami hanya menghebahkannya di laman sosial.

"Ibu pejabat di Puchong sesak dengan kehadiran orang ramai yang ingin mencuba nasib. Seperkara lagi, apa yang membuatkan saya sedih apabila menyedari mereka bukan saja datang dari Kuala Lumpur, malah negeri lain," ujarnya.

Klik untuk gambar besar


Shuib sayu sebaik mendapat tahu kebanyakan daripada mereka yang datang kehilangan pekerjaan akibat pandemik COVID-19: "Mereka mencari kerja demi meneruskan kelangsungan hidup selepas banyak syarikat ditutup," tutur Shuib yang mengusahakan syarikat minuman, Bubble Bee.

Tambah Shuib, dia pernah melalui perkara sama apabila diberhentikan kerja dahulu: "Saya pernah melaluinya... Datang temuduga jauh-jauh tapi tidak dapat. Apabila melihatkan kesungguhan mereka, hati jadi sayu. Kalau boleh, saya mahu mereka semua diberi kerja tetapi apakan daya, peluang terhad. Saya doakan urusan mereka dipermudahkan dan diperluaskan rezeki," jelasnya.

Shuib bersyukur dapat memberi peluang pekerjaan kepada kumpulan penganggur ketika syarikat dalam proses membuka enam cawangan baharu. Sementara itu, suami penyanyi Siti Sarah Raisuddin ini sedia membantu rakan artis atau individu yang memiliki modal tetapi tidak tahu hendak memulakan perniagaan: "Selain menjana pendapatan tambahan, kita dapat mewujudkan peluang pekerjaan untuk mereka yang memerlukan," katanya.








www.myartis.com / Sumber & foto: Berita Harian & Instagram Shuib Sepahtu


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: