21 June 2020

SAHARUL & ISTERI NAMAKAN ANAK KEDUA, FATEEMA AZZAHRA


"❤️Fateema Azzahra bt Mohd Saharul Ridzwan ❤️," tulis pelakon Saharul Ridzwan menerusi posting terbaharu di akaun Instagram yang memilih nama Fateema Azzahra untuk anak perempuan kesayangannya bersama isteri, Qaabila Deena Emir Mohammed Akif Emir, selepas sembilan hari kelahiran.





Menjengah di ruangan komen, rata-rata rakan artis dan peminat memuji nama yang diberikan di samping mendoakan agar Fateema menjadi anak solehah: "@hafidz.roshdi: Alhamdulillah nama baik maknanya Rul. - "@halilpierce: Assalamualaikum Fateema Azzahra. Sedap Rul nama dia.

"@farhatulfairuzah: masha Allahh Fateema. - "@sr.suppoters: Alhamdulillah cantiknya nama secantik wajahnya. - "@r.i.d.z_u.a.n: Allahu..cantiknya nama bang. Semoga Fateema Azzahra Mohd Saharul Ridzwan menjadi anak yang solehah," antara komen yang ditinggalkan.

Terdahulu, Saharul mengumumkan telah selamat menimang cahaya mata kedua pada 13 Jun lalu. Saharul dan Qaabila berkahwin pada 16 September 2016 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Muhammad Luth Ali, 2 tahun.

Klik untuk gambar besar













www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Saharul Ridzwan


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: