07 June 2020

SARI YANTI SELAMAT BERSALIN - JEP SEPAHTU TIMANG ANAK KEDUA, LELAKI


Alhamdulillah... tahniah kami ucapkan kepada pasangan Jep Sepahtu dan Sari Yanti atas kelahiran anak kedua mereka yang merupakan bayi lelaki semalam (6 Jun 2020). Berita gembira ini telah dikongsikan oleh Jep menerusi laman Instagram miliknya hari ini.





"Subhanallah. Alhamdulillah.. Allahuakbar 🤲🏻😭.. Terima kasih sayang untuk cahaya mata kedua kita ❤️🤗 @sariyanti #anakabah #babyboy #662020," demikianlah tulis Jep yang merupakan seorang pelawak dan pemyampai radio.

Semakin meriah nampaknya keluarga selebriti ini selepas mereka kini memiliki anak lelaki selepas melahirkan anak perempuan bernama Dariya Inara pada 25 April 2018. Meskipun ini adalah anak kedua kepada Jep tetapi kelahiran terbaru menandakan bahawa wanita ini sudah mempunyai 4 orang anak.

Hasil perkahwinan sebelum ini, Sari Yanti dikurniakan dua cahaya mata lelaki iaitu Barr Al-Aliy (10) dan Baasit Al-Haq (9). Apa-apapun, semoga Sari Yanti melalui proses pantang dengan lancar. Tahniah sekali lagi!

Klik untuk gambar besar











www.myartis.com / Sumber & foto: Beautifulnara, Instagram Jep Sepahtu & Sari Yanti


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: