19 June 2020

SELAMAT BERSALIN - MIA AHMAD & SUAMI TIMANG ANAK KEDUA


"Salam... Alhamdulillah, isteri saya selamat melahirkan anak kedua kami pada jam 5.20 petang tadi (semalam). Terima kasih atas doa kalian semua," demikian tulis suami pelakon Mia Ahmad, Mohd Izham Tarmizi yang memberitahu bahawa isterinya itu telah selamat melahirkan anak kedua mereka petang semalam.





Berita gembira itu dikongsikan suami Mia yang juga merupakan pemain bola sepak Johor Darul Takzim (JDT) menerusi satu posting di laman Instagram Story miliknya. Bagaimanapun, Izham tidak mendedahkan status jantina anak keduanya itu.

Semalam, menerusi satu status di Instagram Story, Mia turut berkongsi perkembangan dirinya yang sedang berada di sebuah pusat perubatan bagi menyambut kelahiran cahaya matanya. Terdahulu, Mia mengakui dirinya hamil anak kedua selepas netizen mula membuat spekulasi apabila dia mula menggunakan hashtag #BabyMoonInBaliAgain.

Untuk makluman, Mia mendirikan rumah tangga dengan Izham pada 13 Januari 2017 dan dikurniakan anak sulung, Sayf Issa pada 28 September 2018.

Klik untuk gambar besar





www.myartis.com / Sumber: mStar & Astro Gempak


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: