19 June 2020

SELEPAS FOTO 'BURUNG', VIDEO 'CAMELAN' PULA - KIAH PROPA BUAT LAPORAN POLIS LAGI


Bekas personaliti TV, Siti Rohkhaida Abdul Kalil atau dikenali sebagai Kiah Propa sebelum ini membuat laporan polis di Balai Polis Saujana Utama, Sungai Buloh, berikutan dia menerima kiriman gambar kemaluan lelaki daripada individu tidak dikenali hampir setiap hari dan waktu di aplikasi WhatsApp.





Tidak hanya itu sahaja, Kiah turut sekali lagi berterusan diganggu individu gila seks apabila menerima kiriman video onani. Susulan itu, Kiah membuat laporan sekali lagi di balai polis yang sama semalam, selepas yang pertama pada Ahad lalu.

Kiah mendakwa video dan panggilan video itu daripada individu sama yang menghantar gambar kemaluan berdasarkan ayat dan bentuk imej diterima menerusi aplikasi WhatsApp. Lebih membimbangkan Kiah apabila gangguan itu tidak berhenti biarpun dia sudah berkali-kali menyekat nombor individu terbabit.

Klik untuk gambar besar


"Dari gambar 'burung' (kemaluan), dia menghantar video 'capmelan' (onani) dan buat panggilan video pula. Dia memang melampau. Saya tak balas mesej yang dihantar, dia guna permainan baru pula dengan menghantar video. Naik geli saya dibuatnya kalau dah sampai tahap melakukan onani.

"Apa dia ingat saya akan layan atau sambut keinginan gila seksnya itu? Nampak sangat dia tak ada kerja nak buat selain nak ganggu hidup saya. Apa dia fikir ya? Takkan setiap hari dia 'berkeinginan' begitu. Paling keji dia sanggup pula tukar nombor jika saya menyeatnya. Dia ingat saya tak tahu.



"Disebabkan sudah tak tahan, saya ambil pendekatan untuk buat laporan polis sekali lagi. Sekarang kes ini sudah dalam pemerhatian pegawai penyiasat. Dia sudah mengumpulkan segala bukti. Insya-Allah, sedikit masa saja lagi pelaku perbuatan jijik ini akan tertangkap," katanya.

Kiah berkata, dia membuat laporan polis sekali lagi kerana tidak mahu kes itu terhenti setakat itu saja: "Ada netizen cakap saya jangan layan. Buat tak tahu saja. Tidak, saya takkan biarkan. Saya mahu ajar orang sebegini supaya tidak berlaku biadab terhadap orang lain.

"Lagipun, sudah banyak kes sebegini yang akhirnya senyap begitu saja. Jadi, biar ia menjadi pengajaran kepada semua. Kalau dengan saya, jangan buat macam-macam. Nampak saja saya begini yang suka gelak-gelak, tapi sekali ada yang buat hal, memang saya takkan lepaskan," ujarnya.




www.myartis.com / Sumber & foto: Harian Metro, Astro Gempak & Instagram Kiah Propa


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: