09 June 2020

SOAL RUJUK SEMULA DENGAN BEKAS ISTERI PERTAMA - PU ABU 'KUNCI MULUT': "TANYA HANA SENDIRI"


"Saya tak nak komen apa-apa berhubung perkara itu dan kalau nak tahu lebih lanjut kena tanya Hana sendiri," demikianlah kata Pencetus Ummah (PU) Abu Sufyan yang mengambil langkah 'kunci mulut' susulan dakwaan bekas isterinya iaitu Hana Azraa berhubung dia sudah rujuk kembali dengan isteri pertama, Ain Afini.





Menurut Abu, dia enggan menggunakan laman sosial sebagai platform bercerita tentang kehidupan peribadinya: "Soal rumah tangga atau urusan peribadi saya mengambil jalan untuk ke belakang dalam isu ini kerana laman sosial bukan tempat untuk saya cerita hal tersebut.

PU Abu diminta untuk mengulas mengenai kenyataan dan pendedahan bekas isterinya Hana Azraa yang mendakwa dia sudah rujuk semula dengan isteri pertama iaitu Ain Afini selepas dua minggu berkahwin dengan Hana.

Terdahulu, Hana mendedahkan Abu Sufyan sudah kembali rujuk sebagai pasangan suami isteri dengan isteri pertamanya, Ain Afini. Pendedahan Hana ini susulan satu posting yang dibuat Abu di Instagram sempena ucapan hari lahir anak pertamanya, Muhammad Adam Aysar.

Klik untuk gambar besar


Dalam pada itu, Hana menjelaskan dia tidak berniat untuk mengaibkan mana-mana pihak namun tujuan pendedahan dibuat disebabkan enggan membiarkan anaknya, Muhammad Uwais Al-Mateen menjadi mangsa kecaman netizen. Kata usahawan kosmetik berasal dari Kedah ini, dia berharap pendakwah bebas dan Ain tidak perlu lagi merahsiakan mengenai hubungan mereka yang telah kembali sebagai suami isteri.

Pada April lalu Hana turut mendedahkan dia sudah diceraikan Abu atau nama sebenarnya Mohd Abu Sufyan Mokhtar Rozaidi. Hana dan PU Abu mendirikan rumah tangga pada Mei tahun lalu dan mereka dikurniakan cahaya mata bernama Muhammad Uwais Al-Mateen pada 1 Februari.

Kontroversi rumah tangga PU Abu dengan Ain Afini Latif pernah mendapat perhatian netizen di laman sosial sekitar April tahun lalu. PU Abu dan Ain dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Muhammad Adam Aysar di Hospital Shah Alam pada 7 Jun lalu.






www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: