09 June 2020

UQASHA DEDAH SIKAP PENIAGA SUKA GESA 'REVIEW': "MULA-MULA TU IKHLAS TERIMA TAPI JADI MACAM NI..."


"Hanya nak kongsi satu cerita ni sangat lawak. Saya dapat makanan daripada orang lain dan kita terima sebab nak hargai pemberian itu. Sebagai balasan kita akan tolong kongsi, tolong war-warkan kepada ramai orang. Kita ikhlas nak buat dan jadi lagi gembira apabila dapat kongsi rezeki tanpa disuruh.





"Tapi apabila saya lambat kongsi disebabkan ada kerja lain untuk diselesaikan, saya ditanya banyak soalan. Bila nak 'post', bila nak 'tagged' makanan itu. Secara peribadi saya rasa benda tu dah tak ikhlas. Apa yang awak bagi tu macam mengharapkan balasan daripada saya.

"Mula-mula itu ikhlas terima tapi dah jadi macam ni perasaan dah berubah," cerita pelakon Uqasha Senrose yang meluahkan rasa tidak senang hati dengan sikap segelintir peniaga yang menghantar makanan kepadanya untuk dirasai.

Menurut Uqasha, dia menerima pemberian itu dengan seikhlas hati namun perasaan berubah selepas diasak untuk segera kongsikan di platform media sosial. Sesi luahan itu dibuat menerusi Instagram Stories miliknya pada Sabtu lalu.

"Tambah pelakon drama 'Hero Seorang Cinderella' itu menyatakan dia sudah menerangkan situasi sebenar namun dimarah balik: "Bila saya dah terangkan, dia pulak yang menyalak tinggi dari saya. Dia pulak cakap saya rumit (complicated). Saya rasa tak relevan," katanya lagi.


www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: