29 June 2020

TNB MAHU JUMPA BERI PERJELASAN - SAHARUL MENOLAK BERSUA MUKA: "LAINLAH KALAU TERIMA POTONGAN..."


Berhubung kenaikan bil elektrik seperti dilaporkan sebelum ini, pelakon Saharul Ridzwan, 31, mengakui sudah menerima penjelasan daripada Tenaga Nasional Berhad (TNB). Pelakon drama bersiri 'Korban Kasih' itu berkata, dia juga sudah menerima penjelasan daripada operator TNB.





"Selepas berita mengenai bil elektrik yang melambung ini tular, saya dapat maklum balas daripada pihak TNB dan mereka nak berjumpa dengan saya untuk menjelaskan mengenainya. Operator dari TNB juga ada menghubungi saya dan menjelaskan mengenai kiraan bil itu. Saya tak marah kepada operator itu sebab saya tahu, dia pun cuma melakukan kerjanya," katanya.

Bagaimanapun, dia menolak untuk bersua muka dengan pihak TNB: "Kalau jumpa pun saya masih perlu melunaskan bayaran. Lainlah kalau selepas lawatan mesra dan diberikan penjelasan, saya akan terima potongan dan sebagainya," ujarnya.

Menurutnya, walaupun ada penjelasan atau lawatan mesra dilakukan pihak pembekal elektrik itu, dia selaku masyarakat masih perlu membayar dan melunaskan bayaran kerana tidak ada pilihan lain. Saharul sebelum ini meluahkan rasa terkejut apabila bil elektrik di kediaman ibu bapanya di Bandar Baru Bangi mencecah sehingga RM1,144.75.


www.myartis.com / Sumber & foto: Harian Metro & Instagram Saharul Ridzwan


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: