22 July 2020

2 KALI BATAL - AKHIRNYA EKA SHARIFF SELAMAT NIKAH



"Alhamdulillah, saya dah nikah pada Ahad, tapi baru berkongsi gambar.

"Proses nikah pun kejap saja, tak sampai 30 minit. SOP di Selangor masih ketat, kami pun tak boleh buat di rumah.

"Tok kadi pun pesan pada kami tidak perlu bawa hantaran, hanya bawa yang penting-penting saja iaitu mas kahwin dan cincin.



"Selepas selesai akad nikah, kami terus balik rumah dan adakan sedikit makan-makan, hanya ahli keluarga saya dan suami sahaja, tak sampai 20 orang pun," kata Eka Shariff yang awalnya terpaksa menangguhkan pernikahannya yang sepatutnya diadakan pada 4 Julai lalu selepas ibu saudara Eka disahkan positif Covid-19.

"Alhamdulillah, kami semua disahkan negatif selepas menjalani pemeriksaan pada 4 dan 10 Julai. Tapi, kami masih perlu menjalani kuarantin di rumah selama 14 hari.

"Makcik saya juga turut disahkan negatif selepas membuat pemeriksaan kali kedua," ujarnya lagi dipetik sebagai berkata melalui Mstar.

"Buat masa ini kami tak terfikir untuk pergi berbulan madu, walaupun di dalam negara. Saya masih terkejut dengan insiden sebelum ini apabila makcik saya disahkan positif," tambah Eka yang diijabkabul sekali lafaz dengan dan Nazrulnaim, 33, di Masjid Sungai Sekamat, Kajang.

Klik untuk gambar besar



         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: