22 July 2020

SAH BERCERAI 9 JULAI LALU - SHARNAAZ & NABILA BERMAAFAN, TIADA DENDAM



Setelah sekian lama, akhirnya rumah tangga Sharnaaz Ahmad dan Noor Nabila bertemu titik nokah apabila pasangan itu disahkan bercerai pada 9 Julai lalu secara hakam di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan.



Hanya mampu bertahan tiga tahun, Nabila yang mengesahkan perkara itu berkata keputusan untuk berpisah itu dibuat dengan hati terbuka daripada kedua-dua belah pihak dan menganggap jodoh mereka sudah tiada jodoh.

"Saya syukur proses ini berjalan dalam keadaan saya dan Sharnaaz dalam hubungan yang baik. Jadi kita terima dengan hati terbuka dan akur ketentuan Allah SWT. Kami anggap apa yang berlaku jodoh tak panjang dan tak pernah fikir jodoh kami sampai di sini saja. Lagipun mana ada orang kahwin nak bercerai.

"Kami berdua berharap boleh bekerjasama dengan baik untuk besarkan anak tunggal, Jebat Jayden. Itu yang paling penting. Jayden tak perlu terkesan dengan apa yang terjadi antara kami. Kalau kami berdua boleh uruskan dengan baik, InshaAllah. Saya akan cuba apa terbaik untuk anak saya," jelasnya.

Dalam pada itu, Nabila berkata dia tidak bermusuh dengan Sharnaaz sebaliknya mereka kini berkawan dan saling bertukar serta berterima kasih kepada bekas suaminya itu kerana membantunya menjadi ibu yang terbaik: "Kami berkawan dan banyak berborak bertukar pendapat dengannya. Kami tak bermusuh. Ketika Sharnaaz datang jumpa anak, saya akan duduk sekali dan melayan seperti kawan.

Klik untuk gambar besar

"Saya cuba jadi ibu yang terbaik dan ingin berterima kasih kepada Sharnaaz. Saya juga masih dalam proses nak belajar apa yang terbaik untuk anak saya. Maklumlah ini anak pertama, jadi banyak yang saya tak tahu," katanya.

Nabila turut memuji Sharnaaz seorang bapa yang bertanggungjawab dan kerap datang untuk bertemu anak mereka, Jebat Jadyen: "Sharnaaz seorang ayah yang bagus. Hari-hari dia datang luangkan masa dengan Jayden. Itupun sudah buat saya sangat gembira. Yelah siapa lagi nak sayang anak kita betul-betul kalau bukan kami berdua," ujarnya.

Semenetara itu, Sharnaaz menerusi laman Instagram miliknya berkata, dia tidak berdendam malah mereka sepakat memilih untuk mengikut haluan masing-masing dengan cara baik: "Ya memang saya dan Nabila dah pun berpisah secara hakam pada 9 Julai lalu. Tetapi alhamdulillah saya dan Nabila tak ada masalah. Kami berkawan cara baik, berpisah pun cara baik.

"Kami pun dah bermaafan. Jodoh itu semua rahsia Allah. Saya tidak berdendam, sama juga di pihak Nabila. Ini semua ketentuan Allah, tidak ada yang kahwin nak berpisah. Kita manusia tapi Allah merancang. Mungkin saya bukan suami terbaik dan bagus tapi satu ja saya akan menjadi seorang bapa yang baik pada anak saya, Jebat Jayden," tuturnya menerusi Instagram TV.

Tambah pelakon filem 'Polis Evo 3' itu yang penting sekarang adalah untuk membesarkan anak lelaki mereka bersama: "Keutamaan saya dan Nabila sama iaitu untuk membesarkan dan memberi yang terbaik pada Jebat. Saya takkan pernah bagi Jebat rasa kehilangan bapa. Walau sibuk atau sakit macam mana pun saya akan cuba untuk bertemu dengan Jebat di rumah Nabila.


"Dah bertahun kami hidup macam ni, lebih elok berpisah dan mencari jalan masing-masing untuk kebaikan bersama. Yang penting takda gaduh. Alhamdulillah saya dapat perlepasan daripada Nabila untuk berjumpa dengan Jebat bila-bila masa sahaja. Insya-Allah saya akan ada untuk Jebat sampai hujung nyawa," katanya lagi.

Dalam pada itu, Sharnaaz atau nama penuhnya Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad menyatakan dia tidak ingin memikirkan soal pengganti buat masa sekarang: "Jangan tanya saya bila nak ada pengganti. Saya tak nak fikir pasal tu yang penting saya ada anak saya. Dah cukup," ujar Sharnaaz.

Selepas pasangan itu gagal mencari kesepakatan, mahkamah menerusi Seksyen 47 (14) dan Seksyen 48 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 mempunyai kuasa melantik dalam kalangan saudara-mara terdekat kedua-dua pihak iaitu dua penimbang tara (hakam) yang mempunyai maklumat berkaitan isu rumah tangga pemohon dan defendan.

Untuk makluman, Sharnaaz dan Nabila berkahwin pada 31 Mac 2017 dan hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Jebat Jayden yang bakal menginjak usia dua tahun Ogos ini. Pada September tahun lalu, Nabila memfailkan perceraian terhadap Sharnaaz namun pelakon drama 'Suamiku Encik Sotong' itu menolak permohonan cerai tersebut.

Mahkamah mengarahkan kedua-dua pihak melantik wakil Jawatankuasa Pendamai (JKP) dalam kes tersebut. Sharnaaz kemudiannya memfailkan permohonan nusyuz terhadap isterinya namun pasangan itu dilihat berbaik-baik semula baru-baru ini.




www.myartis.com / Sumber: Harian Metro, Astro Gempak & Instagram Sharnaaz Ahmad


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: